Pernahkah anda alami kesakitan yang amat sangat pada sendi lutut? Sendi lutut anda seperti bergesel dan kesakitannya menyukarkan anda menuruni tangga, selain masalah itu mengehadkan pergerakan anda.
Masalah yang anda alami itu dikenali sebagai osteoarthritis. Ia adalah satu daripada lapan masalah arthritis yang umum. Maksudnya, ia terjadi di seluruh dunia dan di Amerika Syarikat saja, 20 juta orang berhadapan dengan osteoarthritis.
Osteoarthritis menjejaskan rawan pada sendi. Rawan yang sihat berfungsi menyerap kejutan daripada pergerakan. Apabila rawan rosak, tulang akan bergesel dan dalam masa yang lama ia boleh menjejaskan sendi secara kekal.
Pada peringkat usia sebelum 45 tahun, osteoarthritis banyak dikesan terjadi di kalangan lelaki, namun selepas 55 tahun, wanita lebih ramai diserang penyakit itu. Osteroarthritis juga dikenali sebagai arthritis penuaan.
Presiden Persatuan Rheumatologi Malaysia, Dr Muhaini Othman, berkata kerap kalinya osteoarthritis akan menjejaskan tangan, kaki, tulang belakang, kawasan sendi yang besar seperti pinggul dan lutut.
Kebanyakan kes osteoarthritis tidak diketahui puncanya dan dirujuk sebagai osteoarthritis primari manakala kes osteoarthritis yang diketahui puncanya disebut sebagai osteoarthritis sekunder.
“Peningkatan usia adalah faktor risiko terbesar masalah ini, bagaimanapun kurang bersenam dan gemuk meningkatkan risiko kesakitan. Malah dengan jumlah 43 peratus warga Malaysia yang berhadapan dengan masalah terlebih berat, osteoarthritis dijangka meningkat,” katanya.
Prof Muhaini berkata, masalah osteoarthritis di lutut antara masalah yang paling umum dalam masyarakat di negara ini. Ia memang tidak mengancam nyawa tetapi memberi kesan pada kualiti hidup. Misalnya, pesakit sukar untuk menaiki tangga kerana berasa sangat sakit.
Tiada ubat untuk menyembuhkan masalah ini tetapi kata Prof Muhaini, diagnosis awal membantu memperlahankan proses osteoarthritis dan memastikan rawatan yang sesuai. Ada banyak rawatan digunakan dalam menguruskan kesakitan disebabkan osteoarthritis antara yang biasa dilakukan pengambilan paracetamol. Selain itu, senaman seperti regangan disarankan bagi mengurangkan kesakitan.
Prof Muhaini berkata, pesakit osteoarthritis berhadapan dengan pelbagai simptom. Namun, simptom yang paling kerap dialami termasuk rasa kaku, pergerakan sendi yang terhad, rasa lemah pada sendi dan kadang kala sendi membengkak. Semua simptom ini boleh menyebabkan rasa sakit dan rasa tidak stabil apabila berjalan atau menaiki tangga.
Info
Faktor risiko osteoarthritis
# Berusia.
Masalah osteoarthritis secara tipikalnya terjadi di kalangan mereka yang berusia. Ia jarang dikesan pada mereka yang berusia di bawah 40 tahun.
# Jantina.
Perempuan kerap berhadapan dengan osteoarthritis berbanding lelaki
# Masalah tulang yang cacat.
Ada sebilangan orang yang lahir dengan bentuk tulang atau rawan yang tidak sempurna. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko osteoarthritis.
# Cedera pada sendi.
Kecederaan pada sendi yang paling lazim adalah kecederaan waktu bersukan selain kemalangan. Kecederaan pada sendi meningkatkan risiko osteoarthritis.
# Obesiti.
Obesiti meningkatkan tekanan pada sendi yang berfungsi memikul beban misalnya lutut. Selain itu, obesiti juga berisiko meningkatkan masalah yang sama di tangan.
# Penyakit lain seperti gout, rheumatoid arthritis (RA) juga boleh meningkatkan risiko osteoarthritis.
Oleh Hafizah Iszahanid
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...
1 Komen:
Great Article admin!
Catat Ulasan