Home » » Raja penipu tersungkur

Raja penipu tersungkur

Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia, Bernard L Mardoff akhirnya tersungkur selepas mengaut keuntungan berbilion dolar Amerika.

Sekelip mata keuntungan sementaranya akan hilang, dan pada masa sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.

Mardoff juga dilapor menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan daripada skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi itu turut ditutup.

Istimewanya kali ini, mangsa skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga Melayu, tetapi bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya.

Usaha Mardoff menjadi mudah mungkin kerana dia berselindung di sebalik namanya yang besar di Amerika Syarikat (AS). Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Madoff yang bertapak di New York:

1. Clients of Santander, Sepanyol — AS$3.1 bilion

2. HSBC, United Kingdom (UK) — AS$1 bilion

3. Natixis, Perancis — AS$605 juta

4. Royal Bank of Scotland, UK — AS$ 601 juta

5. BNP Paribas, Perancis — AS$460 juta

6. BBVA, Sepanyol — AS$400 juta

7. Man Group, UK — AS$360 juta

8. Reichmuth & Co, Switzerland — AS$325 juta

9. Nomura, Jepun — AS$303 juta

Selain bank di atas, pembuat filem terkenal, Stephen Spielberg dikatakan turut menjadi mengsa.

Krisis kewangan meruncing

Apa yang berlaku memang memalukan dan satu tamparan hebat kepada sistem kewangan Barat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.

Di pertengahan kemelut dan krisis ‘credit crunch’ yang menyelubungi beberapa negara maju seperti AS, UK dan Eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Madoff, usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya’ dalam penipuannya.

Ini sememangnya ‘hadiah’ buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 peratus tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu.

Ia kelihatan sedikit ‘real’ berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya ‘too good to be true’ kerana menawarkan pulangan lebih daripada 30 peratus.

Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline’ lalu diberi kepada upline dan begitulah seterusnya.

Itulah skim pyramid atau juga digelar ‘ponzi scheme’, sama seperti skim EA Index, Swiss Cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dulu.

Berikut adalah petikan laporan mengenai kegiatan Mardoff yang dilaporkan agensi berita BBC selepas skim dan penipuannya terbongkar:

“...he had ‘absolutely nothing’ and ‘it’s all just one big lie’, and that it was “basically, a giant Ponzi scheme.”

Mardoff berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada 1960, dalam masa sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund. Kelicikannya juga membolehkan dia dilantik sebagai ketua Nasdaq Stock Market.

Kini ramai mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC, beberapa pihak dan individu sudah membuat laporan.

Malangnya, tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di AS.

Benar, laporan orang ramai sangat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak, penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti diharap dapat menambah kepantasan siasatan apabila mendapat laporan orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim dan bisnes yang meragukan. Namun, tidak mustahil sama sekali penipuan hanya dapat dikesan agak terlewat, lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.

Lahirkan jutawan bukan ukuran

Saya kerap mendengar hujah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.

Sejak dari awal kita boleh menilai hujah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang bilionair seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tersungkur juga akhirnya.

Di Malaysia, penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi mengabui mata pelabur seperti mendapatkan lesen jualan langsung, koperasi, punyai beberapa produk dan pelbagai lagi.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai sukar membezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi sebenar.

Justeru, saya nasihatkan mereka yang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim supaya lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.

Tidak kebal akhirnya

Apa yang menarik, daripada kes Mardoff juga kita dapat melihat, walaupun kebal pada peringkat awal, akhirnya dia ‘jatuh ke tanah jua’ dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di AS.

Ia mungkin tindakan yang agak lewat kerana membabitkan individu Yahudi, bilionair dan orang besar (Pengerusi) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.

Akhir sekali, nasihat saya, telitilah dua, tiga atau 10 kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes berpaksikan sistem piramid dan yang sejenis dengannya kerana ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.

Oleh Zaharuddin Abd Rahman



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

That is really fascinating, You are a very skilled blogger.
I've joined your feed and stay up for in the hunt for extra of your fantastic post. Additionally, I've shared your
website in my social networks
Feel free to visit my weblog ... GFI Norte

Catat Ulasan

 
Chatroom