Home » » Elak Penyakit Anorexia

Elak Penyakit Anorexia

Sesetengah ibu bapa menghadapi dilema apabila anak-anak remaja mereka (terutama perempuan) yang sedang membesar enggan atau terlalu memilih untuk makan kerana sentiasa mahu kelihatan kurus sehingga membawa kepada tabiat makan tidak betul.

Keadaan ini boleh membawa kepada gejala anorexia atau bulimia, masalah pemakanan yang sebelum ini hanya kedengaran di kalangan remaja Barat tetapi kini semakin menular di kalangan remaja tempatan.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti untuk memujuk anak makan:

1. Perkara paling penting sebelum anak, ibu bapa sendiri perlu memahami diri sendiri. Sejauh mana pandangan umum memberi kesan pada pendapat anda berkaitan tentang penampilan dan bentuk badan. Beritahu anak sayangi diri sendiri seadanya. Kemudian jelaskan kaitan genetik dengan bentuk tubuh badan lelaki atau wanita. Pinggul, pinggan dan lengan yang berisi adalah genetik yang diwarisi wanita.

2. Analisis semua aspirasi dan impian anda. Mungkin anda mengharap terlalu banyak daripada anak berhubung dengan penampilan khususnya anak perempuan. Mungkin anda selalu mengkritik anak seperti "jangan makan terlalu banyak" atau "saya lebih menyukai awak, jika berat badan lebih ringan" atau "gaya pakaian ini hanya untuk gadis kurus, seperti model" dan sebagainya. Ayat-ayat seperti itu sebenarnya menjuruskan anak anda kepada masalah anorexia dan bulimia.

3.Bincang perkara-perkara berikut dengan anak anda (lelaki atau perempuan):a. Bahayanya mengubah bentuk badan dengan cara diet yang tidak betul. b. Bertapa bergunanya bersenam untuk kesihatan dan bentuk badan.c. Pentingkan mengamalkan pemakanan berkhasiat.

4.Senaman bukan saja membakar lemak dan kalori, bahkan membuatkan individu lebih berasa gembira.

5.Jelaskan kepada anak bahawa mereka tidak harus mengelak daripada aktiviti (seperti berenang dan menari) hanya kerana orang akan nampak tubuh yang berisi.

6.Ajar anak anda untuk berkawan dengan orang lain terutama wanita bukan melalui penampilan mereka tetapi melalui buah fikiran dan tingkah lakunya.

7.Jelaskan pada anak bahawa imej model kurus yang bergaya hanya dicipta untuk menjual pakaian yang dikenakan.

Galakan anak-anak melakukan aktiviti menyihatkan yang mereka gemari dan selalulah memuji mereka walaupun pencapaian yang kecil. Jangan hadkan jumlah kalori pada makanan anak-anak semata-mata hanya kerana anda mahu mengurangkannya. Sebaliknya, dapatkan nasihat doktor untuk berbuat demikian. Apa yang penting berikan makanan berkualiti dan sihat kepada anak-anak anda.



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

rasanya saya mengalami penyakit ini.bukan kerana tidak mahu makan untuk menjadi kurus, jauh sekali untuk mengekalkan bentuk badan.keturunan famili saya semuanya kurus.saya cuba untuk makan dengan banyak untuk menaikkan berat badan.namun setelah makan 2-3 suap, saya akan berasa seperti hendak muntah.perut sudah penuh.
saya ingin tahu bagaimana untuk menaikkan berat badan.dengan erti kata lain, saya ingin tahu bagaimana untuk gemuk! kerana kadang2 tertekan dengan bentuk badan saya yang terlalu kurus.

Tanpa Nama berkata...

apakah dengan penyakit yang dialami calon istri saya, dioperasi yang ke 2x nya, penyakit itu bisa diangkatt, apakah ada kemungkinan. penyakit itu bisa dihilangkan.. dan tidak menimpa dia lagii?? tolong bantuu kami.. thx

Catat Ulasan

 
Chatroom