Home » » Khasiat Chamomile

Khasiat Chamomile

Bunganya cantik dan tumbuh meliar di negara-negara empat musim, begitu juga khasiatnya yang tiada tandingan sebagai tumbuhan perubatan sejak berabad lamanya.

Chamomile adalah daripada keluarga bunga matahari Asteraceace yang pada mulanya menjadi tumbuhan semusim di Eropah dan negaranegara Asia yang mempunyai cuaca sejuk tetapi telah tersebar luas di Amerika Utara dan Australia.

Walaupun ia tumbuhan yang hidup meliar di pinggir jalan, ladang-ladang dan tanah kosong tetapi kini permintaannya yang semakin bertambah terutama dari segi perubatan, bahan kecantikan dan penjagaan diri, ia telah ditanam secara komersial.

Terdapat dua jenis chamomile iaitu jenis chamomile Jerman (Matricaria recutita ) dan chamomile Roman (Chamaemelum nobile). Tanaman chamomile dapat tumbuh setinggi 15 sentimeter (sm) hingga 60 sm. Daunnya panjang dan kecil berkelompok dua atau tiga daun dalam satu tangkai. Bunganya mengeluarkan aroma yang menakjubkan serta pahit rasanya.

Chamomile digunakan untuk menyembuhkan sakit perut, radang usus dan sebagai ubat tidur (penenang). Selain itu, sebagai teh herba, iaitu dengan menambahkan dua sudu makan bunga chamomile kering dengan secawan teh. Untuk mengatasi sakit perut dinasihatkan untuk meminum secawan teh chamomile setiap pagi tanpa sarapan selama dua atau tiga bulan.

Selain itu, tumbuhan ini juga sesuai untuk alahan kulit termasuklah ekzema, luka, sakit gigi dan ruam lampin serta membantu melembutkan kulit, selain memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit untuk kekal sihat.

Teh chamomile pula dipercayai mampu melindungi tubuh daripada menjadi perumah penyakit seperti demam dan kekejangan semasa haid. Dalam kajian terbaru itu, mereka yang gemar minum teh ini menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai glisin yang melegakan kekejangan otot. Menurut penyelidik Imperial College London di United Kingdom, Dr. Elaine Holmes, bunga tersebut juga bertindak sebagai antioksida dan antimikrob.

Chamomile seringkali dikenali sebagai 'tanaman doktor' kerana membantu pertumbuhan tanaman lain yang tumbuh berhampirannya, terutama yang menghasilkan sari minyak (essential oil) seperti jenis tanaman mint (spearmint, sage, oregano).



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom