Home » » Obesiti punca haid terhenti

Obesiti punca haid terhenti

Saya berumur 34 tahun mempunyai dua anak lelaki, sudah berkahwin selama lapan tahun. Saya tidak datang haid selama empat bulan iaitu sejak awal 2009. Selepas itu diberi suntikan mengeluarkan darah haid di sebuah klinik swasta dan dimaklumkan oleh doktor tiada kesan sampingan.

Selepas suntikan itu, tiba-tiba saya rasa sakit di bahagian pelvik dan peranakan. Pemeriksaan air kencing menunjukkan ada darah dan pasir. Namun, apabila membuat imbasan ultra sound, tiada batu karang dikesan. Kemudian saya dirujuk kepada pakar sakit puan dan sekali lagi dimaklumkan tiada masalah.

Saya dimaklumkan mengalami masalah air kencing kotor. Pada akhir Mei, haid saya cuma sedikit, selepas itu sehingga sekarang berulang lagi masalah tidak datang haid. Secara fizikalnya, saya sihat dan bertenaga. Apakah saya perlu membuat pemeriksaan lain di hospital kerajaan?

Puan Alya.

JAWAPAN:

Puan Alya, selalunya punca haid terhenti atau ‘amenorrhoea’ berpunca daripada kenaikan berat badan yang berlebihan. Kegemukan atau obesiti sememangnya mengganggu kitaran haid termasuklah jumlah darah haid yang keluar.

Kegemukan boleh menghentikan haid. Jikalau ini benar, saya rasa berdiet dan senaman setiap hari dapat membantu masalah haid terhenti ini.

Bagi wanita yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya juga boleh menyebabkan mereka tidak haid. Pengambilan suntikan Depoprovera bagi mencegah kehamilan, bagi jangka panjang juga menyebabkan haid terhenti.

Keterangan puan tidak terperinci, menyebabkan saya sukar menjawab dengan tepat. Namun antara sebab lain masalah ketiadaan haid ialah ‘galactorea’ yang mana susu keluar sendiri dari payudara atau putus haid pada usia muda. Bagaimanapun, kemungkinan kesemua ini untuk berlaku adalah kecil. Oleh itu puan tidak perlu risau.

Sekiranya puan amat risau mengenai gangguan haid ini, maka saya syorkan mengambil pil perancang keluarga yang banyak di pasaran. Di samping ia mencegah kehamilan, ia dapat mengembalikan haid puan semula, selagi puan mengambilnya. Berjumpalah dengan doktor untuk perbincangan selanjutnya.

Masalah kedua iaitu kesakitan di bahagian pelvik dan peranakan, saya rasa tiada kaitan langsung dengan suntikan yang diberi oleh doktor puan. Saya rasa ia berlaku secara kebetulan saja.

Bagaimanapun, oleh kerana puan sudah disyaki mengalami batu karang, saya cadangkan puan berjumpa pakat urologi yang pengkhususannya ialah sistem buah pinggang dan pundi kencing.

Masih ada beberapa pemeriksaan rapi yang perlu dilakukan bagi memastikan batu karang yang tidak kelihatan dengan imbasan ultra sound biasa. Doktor sakit puan sudah membuat imbasan ultrasound pada puan dan doktor tidak mengesyaki masalah berkaitan perbidanan dan sakit puan.

Perlu diketahui, jangkitan kuman di dalam pelvis boleh menyebabkan kesakitan di bahagian bawah perut. Imbasan ultra sound tidak akan menunjukkan apa-apa masalah di dalam pelvis. Jika sakit masih juga tidak hilang, berjumpalah semula pakar sakit puan untuk rawatan jangkitan pelvis ini.

Sama ada puan ingin rawatan di hospital kerajaan atau swasta terpulang kepada puan kerana di hospital swasta khidmat nasihat, penyiasatan dan rawatan perlu dibayar. Apa yang lebih penting sebenarnya, puan perlu berjumpa doktor pakar.

Jawapan disediakan;
Dr Suhaimi Isa,
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Hospital Pantai, Ampang.



4 Komen:

Awanama berkata...

saya ada masaalah..haid saya x datang selama 5 bulan...saya x tahu apa masaalah nya..harap tolong beri penjelasan.

Awanama berkata...

asalamualaikum..

saya seorang guru berumur 37 tahun. Masalah saya ialah , saya tidak lagi haid semenjak tahun 2010 lagi. Haid terakhir saya berlaku setelah memakan ubat utk haid yg diberikan oleh dr. Sblm ini haid saya memang tdk t,atur. saya jg dk pernah hamil. adakah saya telah mengalami menopaus.. dan tdk bpeluang lagi utk hamil. terima kasih.

aqu shiryne berkata...

PUAN SHEREEN

saya seorang surirumah spmuh mse....berumur 20 thun...masalah sya ialah tidak dtg haid semnjak bulan januari 2010 hingga sekarang.sebelum nie haid sy mmg teratur...tpi lepas kahwin mmg tak teratur lagi....sye kawin ujung tahun 2009...dah dua tahun blom jgak dtg haid..pernah sekali sy dtg haid..tu pun msa saya kna demam panas...saya dtg haid selma seminggu...sy ingatkan yg haid sya akan teratur...tpi smpai skrg pun sy tdk dtg haid....apakah ianya boleh dikatakn sebgai mandul?adakah sya boleh hamil....ape yg perlu sy lakukan,...saya hanya ingin membahagiakan suami saya....setiap isteri pasti ingin memberikan zuriat kpda suami nye...tolong lha saya...

momoxlova berkata...

saya berusia 18tahun , dah lama xdtg haid dari tahun 2011 , sy berbadan besar . sebelum ini haid sy sgt teratur dan normal , tapi sejak awal tahun lepas dan kini , boleh dikira saya haid hanya 1-2 kali sahaja haid itupun tak lebih 5 hari dan haid sikit sahaja kluar , bgaimana ya ?

Catat Komen

 
Chatroom