Dengan perkembangan Internet dan promosi penerbangan tambang murah, semakin ramai wanita yang memilih untuk mengembara secara berseorangan. Panduan berikut dapat membantu golongan hawa terutama apabila bercuti di negara asing.
1. Bersikap realistik mengenai risiko dan sebarang kemungkinan membantu anda bersedia apabila ditimpa musibah di negara asing. Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam. Jika ia tidak dapat dielakkan, buat tempahan penginapan dengan pengangkutan pergi-balik lebih awal.
Pastikan anda memiliki wang secukupnya bagi mengelak terpaksa singgah di mesin teler automatik dengan pemandu teksi yang baru dikenali. Jangan mempercayai rakan baru secara membuta tuli, sebaliknya sentiasa menempah teksi atau bas menerusi kaunter khas di lapangan terbang.
2. Apabila keluar bersiar-siar, perhatikan papan tanda, mercu tanda atau nama jalan. Waspada dengan gelagat orang di sekeliling. Hati-hati sekiranya anda melihat lelaki sama berada di setiap destinasi anda kerana anda mungkin menjadi sasaran geng penjenayah.
Jika dipelawa untuk bersembang sambil minum dengan lelaki baru ditemui, tolak secara berhemah dan jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti penginapan. Paling penting, jangan beritahu anda melancong secara solo.
3. Berpakaian perlu mengikut norma dan batasan tertentu mengikut budaya setempat. Aspek ini walaupun kelihatan remeh tetapi dapat mengelakkan anda menjadi tumpuan sekiranya berada di kawasan luar bandar dengan penduduk yang agak konservatif.
Selain itu, ia menunjukkan anda peka dan hormat terhadap pegangan agama dan budaya walaupun sedang menikmati percutian bersama rakan. Ia juga boleh mengelak seseorang daripada menjadi mangsa gangguan seksual.
4. Tinggalkan barangan berharga dalam peti keselamatan di hotel. Jika perlu bawa salinan pasport dan kad pengenalan ketika bersiar-siar. Paling utama, jangan memakai barangan perhiasan seperti cincin atau rantai kerana ia hanya mengundang bahaya.
Ini kerana di negara tertentu, penjenayah sanggup memotong tangan hanya untuk mendapatkan cincin emas, manakala ada juga kes ragut yang berlaku dalam pengangkutan awam yang sesak seperti bas atau kereta api.
5. Sentiasa bersedia untuk berkenalan dengan pengembara lain dapat memudahkan perjalanan anda. Ini membantu sekiranya anda mengunjungi negara dengan kekangan bahasa seperti India atau China.
Panduan yang diperoleh daripada rakan kembara dapat membantu anda memahami budaya setempat atau setidak-tidaknya menolong dalam mencari penginapan dan restoran halal berdekatan hotel.
Selain itu, jika bertuah, anda dapat menyertai kumpulan pengembara, sekali gus menjimatkan kos apabila pengangkutan atau tiket masuk untuk ke tarikan pelancongan seperti taman tema.
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...