Amalan pemakanan seimbang penting bagi membantu tumbesaran kanak-kanak dengan sempurna sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan dunia orang dewasa. Alam kanak-kanak juga adalah tempoh yang kritikal kerana ini adalah masa di mana mereka memupuk tabiat suka kepada sesuatu makanan.
Justeru pada tempoh ini mereka harus didedahkan dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Malah pemakanan yang seimbang bukan sahaja mampu melahirkan badan sihat dan cergas, tetapi juga minda yang cerdas.
Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bulan pemakanan Sihat Malaysia, Dr. Tee E Siong memberitahu, zaman kanak-kanak merupakan saat penting untuk membiasakan mereka mengambil makanan berkhasiat .
"Hal ini penting kerana boleh membentuk tabiat pemakanan yang baik,'' katanya ketika ditemui sempena pelancaran Bulan Pemakanan Sihat Malaysia di Sekolah Kebangsaan Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini..
Kata Dr. Tee, penekanan dan pemahaman tentang kandungan nutrien yang ada pada setiap makanan perlu diterapkan sebelum mereka mencecah usia setahun sebagai tanda ingatan sebelum peningkatan selera makan berlaku.
Perangkaan menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah pemakanan adalah besar.
Justeru usaha perlu diteruskan untuk menggalakkan tumbesaran optimum kanak-kanak Malaysia.
"Perangkaan menunjukkan bahawa kanak-kanak dalam kumpulan umur 7-12 tahun adalah yang paling tinggi mengalami peningkatan berat badan," katanya.
Jelasnya, perangkaan tersebut adalah berdasarkan Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ke-3 dan kajian berbeza yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dr. Tee berkata, dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa pemakanan tidak seimbang masih berlaku terutama di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
Dalam situasi tersebut, ibu bapa perlu menyedari keperluan pemakanan anak-anak mereka.
"Dengan cara ini, mereka dapat memastikan potensi tumbesaran, perkembangan dan pembelajaran akan tercapai,'' ujarnya lagi.
Selain menjaga amalan pemakanan yang sihat, ibu bapa juga harus mendidik anak-anak tentang amalan cara hidup yang lebih cergas dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
Oleh Zuhayati yazid
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...