Dirogol 24 lelaki Mat Rempit secara bergilir-gilir dari jam 3 petang dan berakhir jam 3 petang keesokannya sehingga membuatkan seorang gadis mengandung serta tidak mengenali siapa bapa kepada bayi yang dikandungnya, adalah antara paparan menyayat hati yang bakal dipaparkan dalam program Zuriat Kita.
Banyak lagi pendedahan lain dapat ditonton menerusi program sebanyak 12 episod yang akan menemui penonton di saluran Astro Oasis (106), bermula 18 Julai setiap Ahad, jam 9 malam. Juga pengakuan seorang gadis yang meniduri tujuh lelaki dalam tempoh yang singkat kerana ketagihan seks setelah hubungan cinta dengan seorang mat rempit berakhir. Zina yang dilakukan gadis itu pernah menyebabkan dia hamil empat bulan, bagaimanapun teman lelaki yang baru dikenali selama sebulan itu memasukkan sesuatu ke dalam minumannya menyebabkan dia keguguran.
Selain itu, turut dipaparkan pengakuan seorang gadis yang kehilangan kegadisannya seawal usia 14 tahun. Pada usia 16 tahun pula dia disahkan hamil tiga bulan gara-gara hubungan yang dijalin bersama seorang lelaki yang hanya dikenali menerusi internet.
Selain tiga kisah ini, banyak lagi kisah mengenai akhlak remaja yang kian meruncing didedahkan dalam program yang diterbitkan MFDM Holdings dan Persatuan Jaksa Pendamai Selangor serta Penerbitan Karyawan Bestari.
Berita pembuangan bayi yang saban hari dipaparkan di dada akhbar melahirkan idea menerbitkan program Zuriat Kita. Semakin banyak disiarkan media massa, semakin banyak pula bayi yang dibuang menyebabkan MFDM Holdings terpanggil untuk menerbitkan sebuah program yang mengupas mengenai kisah buang bayi.
Dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini di Hotel One World, MFDM Holdings berharap kewujudan ini dapat menimbulkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan juga remaja.
Pengerusi Eksekutif MFDM Holdings, Datuk Seri Mahamad Fathil Mahmood berkata, memang bukan mudah untuk mengikis masalah pembuangan bayi. Namun dengan penerbitan program Zuriat Kita, ia sekurang-kurangnya memberi kefahaman kepada ibu bapa serta remaja punca berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
“Kalau kita lihat, kebanyakan kisah pembuangan bayi membabitkan orang Islam. Jadi kami di MFDM Holdings berharap, tidak banyak, sikit pun jadilah asalkan Zuriat Kita dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat.
“Harapan saya, menerusi program ini, penonton menyedari betapa suci dan murninya bayi yang dilahirkan itu. Mereka tidak berdosa dan tidak seharusnya dibuang begitu saja seperti binatang,” katanya
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick
-
Lirik Lagu Akan Bercinta - Janna Nick Berkali-kali aku merasa indahnya
rindu walau menyiksa setiap hari aku menanti saat kau akan datang bertemuku
bila kau...