Pencarian wajah baru untuk Estee Lauder tahun 2010 bermula lagi bagi memberi peluang kepada mereka yang berbakat memenuhi impian menjadi model tanpa mengira usia.
Seperti tahun lalu, edisi kali ini pencarian model masih dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori A untuk mereka yang berumur 29 tahun ke bawah dan kategori B untuk yang berumur 30 tahun ke atas.
Pencarian yang bermula sejak 27 April lalu bersama pasukan impian Estee Lauder menjelajah lapan destinasi di enam negeri dengan harapan dapat bertemu dua wanita Malaysia yang berupaya mewakili ciri Estee Lauder iaitu wanita anggun, moden dan penuh keyakinan.
Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Awam Estee Lauder, Yap Mei Fong, pemenang bakal menerima pelbagai hadiah bernilai RM258,000 dan peluang menjelajah Australia untuk tugasan fotografi selama enam hari lima malam yang ditaja sepenuhnya.
"Pencarian Model Estee Lauder menawarkan kepada mereka yang bercita-cita menjadi model dalam sekelip mata dan memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM258,000.
"Pemenang tahun lepas, Jennifer Pedersen telah menjadi rebutan kempen pengiklanan, malah menjadi wanita pertama muncul sebagai penghias kulit majalah Men's Health Malaysia bulan Februari 2010," katanya.
Mei Fong memberitahu, pemenang hadiah utama bagi kedua-dua kategori juga bakal memenangi hadiah bernilai lebih RM50,000 termasuk gelaran Duta Malaysia Estee Lauder, tampil dalam kempen iklan tujuh muka surat majalah fesyen terkenal negara dan Barangan Estee Lauder bernilai RM10,000 untuk kegunaan setahun.
"Selain itu, mereka juga bakal menerima baucar pakaian daripada Eclipse bernilai RM1,500, portfolio model bernilai RM2,000 dan perkhidmatan dandanan rambut di Miko Hair Studio bernilai RM1,000," katanya.
Tambah beliau lagi, peserta separuh akhir daripada setiap lokasi akan dipilih untuk bersaing menerusi undian secara dalam talian untuk mendapat tempat di peringkat akhir yang akan diadakan di Concourse, Suria KLCC, pada 13 Julai 2010.
"Semua peserta akhir bakal diberikan latihan catwalk sehari oleh Andrew's Model bagi menyediakan para peserta dengan pengalaman berjalan di atas pentas peragaan pada pertandingan akhir.
"Daripada situ, para pengadil akan memilih pemenang bagi setiap kategori berdasarkan cara peserta berjalan, personalilti dan gambar potret. Mereka akan merebut tiga gelaran sampingan iaitu Estee Lauder- Foto Sempurna Sony, Estee Lauder- Elegan Eclipse dan Estee Lauder- Catwalk Terbaik Andrew's Models," katanya.
PENCARIAN model Estee Lauder menawarkan hadiah RM258,000 kepada pemenang.
Tambahnya, satu lagi gelaran baru yang akan diperkenalkan tahun ini ialah Estee Lauder - Duta Rambut Miko.
"Panel pengadil tahun ini terdiri daripada pakar industri yang berupaya mencungkil bakat istimewa yang diperlukan sebagai bintang baru antaranya Pengurus Besar Estee Lauder, Katrina Liew, pengasas Andrews Models, Adrew Tan dan model terkenal, Tinie.
"Selain itu, panel pengadil lain termasuklah model and pelakon, Steve Yap, pereka fesyen yang mencipta jenama Eclipse, Sonny San, pengasas Miko Hair Studio & Academy, Miko dan Penggaya fesyen, Weechee," katanya
Justeru katanya, rebutlah peluang menyertai Pencarian Model Estee Lauder dengan mendaftar di mana-mana lokasi Pencarian Model Estee Lauder 2010 selepas membeli Pakej Makeover Pencarian Model Estee Lauder 2010 berharga RM280.
"Pakej tersebut mengandungi satu sesi makeover daripada Estee Lauder, dandanan rambut daripada Miko Hair Studio & Academy, potret dengan pakaian daripada Eclipse, potret segera bersaiz A4 dan baucar tebus semula bernilai RM250 untuk sebarang produk Estee Lauder," katanya.
Untuk keterangan lanjut, layari www.esteelaudermodelsearch.com.my atau hubungi talian 019-2977 884 dan 019-2977 885.