Amalkan makanan banyak khasiat
Cemburu dengan susuk tubuh teman yang sentiasa langsing? Ya, memang perlu ada rasa cemburu supaya ia menjadi perangsang kepada kita berusaha gigih bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Mempunyai berat badan ideal secara tidak langsung akan membuatkan kita tampak lebih muda dan sihat. Malah kita juga mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh kaki selepas sekian lama menampung berat berlebihan.
Pun begitu, bukan mudah untuk mendapat bentuk tubuh yang diidamkan, khususnya bagi mereka yang suka makan dan liat pula hendak bersenam. Ia memerlukan komitmen berterusan supaya membuahkan hasil seperti yang dimahukan.
Justeru kepada mereka yang mahukan berat badan ideal dan meningkatkan tahap kesihatan, bertindaklah sekarang. Amalkan gaya pemakanan teratur dan seimbang, hadkan makanan yang tinggi kandungan lemak, garam serta gula. Pada masa sama, jadikan gaya hidup aktif sebagai `ubat' yang perlu diberikan kepada badan setiap hari, sekurang-kurangnya berjalan cepat 30 hingga 45 minit sehari.
Dalam usaha mengurangkan makan, ada beberapa jenis makanan yang mempunyai banyak manfaat kepada badan iaitu:
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun baik digunakan untuk mengganti minyak dalam masakan. Minyak zaitun mengandungi lemak menyihatkan (lemak baik/HDL ) yang bermanfaat untuk memberikan rasa kenyang dan mengelakkan nafsu makan yang kuat. Selain itu, minyak zaitun juga bermanfaat sebagai anti-keradangan dan antioksidan yang baik untuk tubuh.
2. Keju
Keju berasal daripada susu yang dapat membantu menurunkan berat badan jika diambil secara teratur dan tidak berlebihan. Susu yang terdapat dalam keju mengandungi asid linoleat yang membantu membakar lemak.
3. Epal
Epal adalah antara buah yang banyak mengandungi serat sekitar empat hingga lima lima gram setiap biji. Pelbagai jenis epal yang ada di sekitar kita. Oleh itu, pilih epal yang mengandungi banyak serat dan air yang memberikan rasa kenyang serta antioksidan untuk menjaga kestabilan metabolisme.
4. Tomato
Setiap kali anda mengunyah makanan, secara automatik tubuh akan melepaskan hormon cholecystokinin (CCK) yang berfungsi untuk memperketat kantung perut dan usus supaya berasa cepat kenyang.
Tomato mengandungi oligofruktos iaitu serat yang dapat menjaga dan mempertahankan tubuh daripada hormon CCK di perut anda dan senyawa likopene yang dapat melindungi kulit daripada terbakar oleh sinar matahari serta mengurangkan risiko kanser.
5. Cuka
Cuka juga sering digunakan sebagai perasa tambahan dalam masakan atau makanan. Ia dapat memberikan rasa puas dan kenyang, namun anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan dan perlu mengikut kadar ditetapkan.
6. Salmon
Salmon amat baik untuk kesihatan dan diet kerana mengandungi banyak vitamin, rendah lemak dan mampu menjaga kesihatan jantung serta mengecilkan pinggang atau perut.
Lemak omega-3 yang ada pada ikan salmon ini dapat meningkatkan insulin yang membantu perkembangan otot dan menurunkan lemak di bahagian perut.
7. Yogurt
Yogurt boleh dijadikan sebagai makanan diet yang sempurna kerana mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membantu kawalan gula darah ke paras normal.
8. Badam
Badam adalah makanan ringan terbaik yang dapat memberikan rasa kenyang dan membantu menjaga kadar gula darah supaya stabil.
3. Pir
Buah pir memiliki jumlah serat sekitar 5.5 gram, bergantung kepada saiz buah berkenaan. Pengambilan buah ini menjadikan anda berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Lebih baik sekiranya dicampur bersama salad atau pencuci mulut selepas makan.
10. Kulit kayu manis
Kayu manis adalah kelompok rempah yang memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh. Pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari dapat membantu mengawal gula dalam darah dan mengendalikan insulin serta mengelakkan tubuh menyimpan lemak.
11. Kacang hitam
Kacang adalah makanan baik untuk mengelakkan kegemukan kerana mengandungi kombinasi ideal iaitu serat larut dan tidak larut, lemak, protein dan karbohidrat pembakar lemak.
12. Kopi
Pengambilan kafein mengikut kadar ditetapkan akan membantu membakar lemak dalam tubuh. Kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh seterusnya menurunkan berat badan. Kesan kafein dapat bertahan sehingga empat jam dan membakar kalori sebanyak 30-50kcal sehari.
13. Telur
Telur boleh membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi banyak protein dan rendah kalori. Mengambil telur menjadikan perut kita berasa kenyang dalam tempoh beberapa jam.
14. Bawang putih
Makanan yang dilengkapi dengan bawang putih dapat membantu mengawal kegemukan. Rasa dan aroma bawang putih yang kuat membuat makanan lebih sedap dan rasa kenyang dengan cepat.
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali