Home » » Batas pergaulan antara lelaki, wanita ikut Islam

Batas pergaulan antara lelaki, wanita ikut Islam

Batas pergaulan antara lelaki, wanita ikut Islam

Islam membenarkan wanita berkawan dengan lelaki asalkan tidak melanggar panduan ditetapkan berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah daripada perbuatan mungkar." (Surah at-Taubah, ayat 71)

Islam memberikan garis panduan dalam perhubungan lelaki dan wanita antaranya:

- Mempunyai kepentingan untuk kebaikan seperti urusan belajar dan mengajar, melaksanakan urusan kehakiman serta proses jual beli;

- Urusan itu dilakukan di tempat awam dan disaksikan orang lain, bukan berdua-duaan. Wanita boleh menyambut dan melayan tetamu di rumah dengan kehadiran suami atau penjaganya;

Perkara ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW ketika Baginda bertamu ke rumah Abu Usaid. Baginda dilayan oleh Abu Usaid dan isterinya dengan baik. Selain itu, penduduk Madinah juga melayan tetamu bersama isterinya;

- Lelaki dan wanita boleh bercampur dalam melaksanakan program kebajikan dengan menjaga had pergaulan antara lelaki dengan wanita. Perkara ini berlaku pada zaman Rasulullah SAW di mana wanita terbabit merawat tentera Islam yang luka dan menyediakan makanan ketika peperangan;

- Wanita boleh berjumpa lelaki bukan mahram untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan. Contohnya, seperti menghadiri majlis ilmu yang bercampur antara lelaki dan wanita.

Pergaulan lelaki dan wanita diharuskan bagi urusan ziarah menziarahi, menghadiri majlis rasmi, kenduri dan sambutan hari tertentu dengan syarat mengikut panduan ditetapkan Islam iaitu:

- Lelaki dan wanita menutup aurat dengan sempurna seperti mana ditetapkan Islam,

- Wanita tidak berhias secara melampau sehingga dapat menarik perhatian lelaki,

- Percakapan biasa dan tidak bermanja secara berlebihan,

- Pandang memandang sekadar yang patut tanpa dipengaruhi nafsu,

- Tidak bercampur antara lelaki dan wanita secara melampau;

- Buku 25 Soal Jawab Martabat Wanita Dalam Islam



 
Chatroom