Makan banyak kerana stress dan tekanan
Saya pernah mengalami masalah yang teruk dan bagi mengurangkan tekanan saya makan secara berlebihan tidak kira waktu, malam atau siang. Tidak disangka, tabiat saya yang suka makan ketika stres tu berlanjutan hingga sekarang. Ibu bapa risau dengan diri saya. Saya turut bimbang jika perkara ini berterusan ia memberi kesan kepada berat badan saya.
----------------
Secara psikologi, apabila seseorang itu Ibu bapa khuatir beri kesan kepada berat badan jika pemakanan tidak sihat mengalami stres, pelbagai kaedah dilaksanakan untuk mengurangkan stres. Cara individu bertindak balas ke atas stres berbeza dari seorang individu kepada individu lain. Adik menangani stres dengan suka makan. Bagi mengelakkan cara pemakanan yang tidak sihat, adik perlu kurangkan stres. Adik juga boleh gunakan kaedah pengurangan stres yang lebih positif seperti berkebun dan bersukan. Tidak dapat dinafikan apabila cara pemakanan tidak sihat, ia memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan. Oleh itu, amat penting untuk adik mengamalkan kaedah pemakanan sihat. Dari sudut kesihatan, Dr nasihatkan supaya adik jumpa pakar pemakanan kerana ia membabitkan kesihatan dari sudut makanan.
Jawapan oleh Prof Madya Datin Dr Sapora Sipon