Home » » Tarikh luput buah segar

Tarikh luput buah segar

Tarikh luput buah segar

Buah antara makanan penting untuk kita menambahkan nutrisi badan selain menjadi pilihan utama bagi mereka yang berdiet. Namun tahukah anda buah juga mempunyai tarikh luput iaitu tahap jangka hayat kesegarannya.

Bukannya seperti makanan dalam kotak atau tin, tempoh luput ini ditampal melalui bacaan kod bar yang ditampal pada buah. Kita sering lihat buah-buahan yang kita beli mempunyai label (kod bar) dan sering tertanyatanya apa maksud label itu.

Kadangkala kita langsung tidak menghiraukan maksud kod bar itu. Biasanya kita akan memilih buah yang segar dan sedap dipandang mata. Jarang kita meneliti pelekat kod bar yang ada pada buah. Apa kata kali ini kita ketahui maksudnya.

Sistem label ini sebenarnya ringkas saja iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubah suai genetiknya.

1. Jika hanya ada empat digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah berkenaan ditanam secara konvensional atau tradisional dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2. Jika ada lima digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ia bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3. Jika ada lima digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO), jadi ia lebih selamat dimakan.



 
Chatroom