Home » » Mitos dan fakta sebenar tentang coklat

Mitos dan fakta sebenar tentang coklat

Mitos dan fakta sebenar tentang coklat

Siapa yang tidak suka makan coklat? Sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahu pun golongan yang sudah lanjut usia, pasti ramai yang suka makan coklat.

Coklat lazimnya diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa. Dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, prihatin atau menzahirkan perasaan cinta. Ada juga yang sangat menggemari coklat dan sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli coklat terbaik atau bermutu tinggi yang dikeluarkan oleh negara lain.

Coklat ialah makanan yang diolah daripada biji koko. Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulen atau kompaun. Coklat tulen hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Sementara coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksioneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% koko. Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun.

Coklat yang paling bagus dimakan ialah coklat asli yang lebih dikenali sebagai coklat gelap, coklat pahit atau coklat hitam. Coklat jenis ini memiliki kandungan biji koko yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% daripada keseluruhan kandungannya.

Coklat ini paling baik kerana hanya mengandungi sedikit gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi.

Coklat putih dan coklat susu pula kurang kandungan koko asli sebaliknya banyak dicampur dengan mentega koko, vanilla, susu atau gula untuk menjadikannya lebih enak dan lazat. Campuran seperti gula inilah yang tidak baik untuk kesihatan dan boleh memberi kesan negatif seperti diabetes serta kerosakan gigi.

Beberapa mitos dan fakta sebenar tentang coklat

Mitos 1: Coklat boleh menggemukkan

Masalah gemuk biasa terjadi apabila seseorang makan secara berlebihan. Jika kita makan secara sederhana termasuk coklat dan bersenam secara teratur pada setiap hari, masalah obesiti boleh dielakkan. Jadi, jangan salahkan coklat semata-mata jika anda terlalu gemuk!.

Mitos 2: Coklat ialah makanan yang tidak berkhasiat.

Fakta: Satu bar coklat susu seberat 42.5 gram (1.5 auns) menyumbang banyak zat dan khasiat kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA). Zat itu ialah Kalsium (9%), Riboflavin (9%), Protein (6%), Zat Besi (3%), Vitamin A (2.4%) dan Thiamine (2%). Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Kesimpulannya, coklat sangat berkhasiat.

Mitos 3: Coklat menjadi penyebab utama kerosakan gigi.

Fakta: Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun, mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang boleh menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula yang tinggi dalam sesetengah jenis coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.

Kesimpulannya, coklat tidak memudaratkan kesihatan malah baik untuk kesihatan jika diambil pada kadar yang betul.



 
Chatroom