Home » » Patung Barbie langsing tidak direka ikut tubuh manusia

Patung Barbie langsing tidak direka ikut tubuh manusia

Patung Barbie tidak direka ikut tubuh manusia

Hentikan niat menjadikan patung mainan Barbie sebagai idola kanak-kanak kerana ia tidak direka untuk tujuan itu. Dalam kenyataan Timbalan Presiden Unit Rekaan Barbie di Mattel, Kim Culmone, minggu lalu, patung mainan popular itu tidak direka mengikut bentuk tubuh manusia, tapi semata-mata memudahkan kanak-kanak perempuan menukar dan menggayakan pakaian padanya.

"Tubuh Barbie tidak pernah direka untuk menjadi realistik atau mempengaruhi kanak-kanak. Ia dihasilkan semata-mata untuk permainan khusus buat kanak-kanak perempuan," katanya.
Barbie Doll

Mattel tidak berhasrat mengubah bentuk tubuh Barbie kepada kadar realistik kerana pertama, kebanyakan ibu yang mengumpul Barbie akan menyerahkan koleksi pakaiannya kepada anak mereka. Jika saiz tubuh Barbie diubah, ini akan mengganggu tradisi itu.

Kedua, kanak-kanak perempuan biasanya tidak membuat perbandingan tubuh mereka dengan Barbie. Bagi mereka, Barbie sekadar patung yang menjadi teman permainan mereka.

Malah, mereka menegaskan tiada kaitan kukuh antara patung Barbie dengan masalah berat badan dalam kalangan remaja.



 
Chatroom