Harta `kotor' boleh diserah kepada Baitulmal, fakir
Memang tidak dapat dinafikan ada ketikanya kita terleka dalam hal memperoleh dan mengumpul harta. Mungkin ada yang pernah terbabit secara sengaja atau tidak dalam aktiviti dan pekerjaan tidak bertepatan dengan syariah sebelum ini.
Akhirnya, pembabitan ini menyebabkan kita memperoleh pendapatan sama ada dalam bentuk gaji, komisyen, dividen, keuntungan dan sebagainya secara tidak halal. Pembabitan ini bukan saja menyebabkan orang itu mendapat dosa, bahkan pendapatan serta hartanya juga menjadi haram.
Harta haram yang dimaksudkan ialah harta yang diperoleh melalui jalan atau kaedah bercanggah dengan syarak termasuklah faedah yang diperoleh daripada akaun simpanan di bank konvensional.
Justeru, mereka yang menyedari hakikat ini perlu segera bertaubat kepada Allah SWT.
Bahkan, wajib bagi mereka untuk bersegera bertaubat berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisa, ayat 17)
Wajib taubat
Imam Al-Ghazzali berkata, wajibnya taubat itu adalah dengan segera tanpa sebarang keraguan dan tangguh, kerana sifat maksiat itu pemusnah iman seseorang.
Antara syarat untuk bertaubat kepada Allah SWT kerana mendapat harta haram adalah dengan melupuskannya kerana orang yang memilikinya tidak boleh memanfaatkan harta itu untuk dirinya sama ada membuat pembelian atau urus niaga yang lain.
Allah SWT tidak memberi pahala jika dia menggunakan harta itu untuk menunaikan haji dan umrah, membayar zakat serta menderma kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: "Barang siapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala dan tanggungan dosanya adalah kekal (sehingga dia bertaubat kepada Allah SWT)." (Riwayat al-Hakim)
Nabi SAW juga bersabda: "Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik." (Riwayat Muslim)
Demikianlah beratnya bahana daripada pengambilan harta haram sehingga Allah SWT tidak menerima amalan berkaitan dengan harta itu. Maka, fuqaha' telah mendatangkan beberapa solusi untuk menyelesaikan dilema pemilik harta haram yang ingin bertaubat.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ketika bermuzakarah mengenai isu wang faedah bank pada 21-22 Januari 1971, telah memutuskan faedah yang diambil daripada wang simpanan oleh institusi Islam, perniagaan dan badan kebajikan orang Islam dalam manamana bank adalah harus tetapi ia hendaklah dimasukkan ke Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.
Dibincang ketika muzakarah
Isu sama dibincangkan ketika Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 23-25 Jun 2009. Jawatankuasa memutuskan: "Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, harta-harta yang diperoleh dengan cara tidak mematuhi syariah seperti gharar, riba, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah, dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri.
Muzakarah juga memutuskan harta itu perlu dibersihkan melalui:
* Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
* Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
* Jika harta itu adalah harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta itu perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dijumpai, maka harta itu mestilah dikembalikan kepada warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Memadai kita bersetuju dengan resolusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ini untuk melupuskan harta haram yang dimiliki. Inilah ruang yang ada untuk kita melakukan taubat kepada Allah SWT atas keterlanjuran selama ini.
Tindakan melupuskan harta-harta 'kotor' ini perlu diiringi dengan rasa penyesalan dan keazaman untuk meninggalkan dosa berkenaan buat selama-lamanya. Semoga kita diselamatkan daripada menjadi bahan bakar api neraka.
Oleh Wan Jemizan W Deraman; Mohd Ridwan Roslan (Berita Harian)