Home » » Khasiat biji aprikot, kelebihan biji aprikot

Khasiat biji aprikot, kelebihan biji aprikot

Khasiat biji aprikot

Apabila menyebut aprikot, pasti terbayang buah berbentuk bulat berwarna kuning jingga. Masyarakat di negara ini lebih mengenalinya dalam bentuk fizikal yang sudah kering atau ditinkan, berbanding buah segar.

Aprikot hidup subur di negara empat musim, biasanya berbuah lebat antara Mei hingga Ogos. Dipercayai berasal dari China sebelum dibawa ke Eropah dan benua Amerika melalui Armenia. Pokok pertama aprikot tiba di Virginia, Amerika Syarikat, pada 1720.

Spesies sama buah ini dikenali sebagai pic, menjadi pilihan pengamal perubatan Greek. Saiz buah ini lebih kecil berbanding pic dengan kulit baldu dan isi lebih kental.

Diperkaya dengan vitamin A dan C serta kaya dengan serat. Mengandungi beta-karotin bertindak sebagai antioksidan bagi membantu melambatkan proses penuaan.
Khasiat biji aprikot

Selain di makan begitu saja, aprikot enak dikeringkan, manakala bijinya pula baik untuk kesihatan kerana mengandungi Amigdalin atau Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain.

Ejen kemoterapi semula jadi

Pakar perubatan berpengalaman, Prof Madya Dr Syed Zainal Husin Wafa, mengakui biji aprikot kaya dengan vitamin B17. Vitamin B17 adalah agen kemoterapi semula jadi.

Vitamin B17 boleh didapati pada 1,200 jenis tumbuh- tumbuhan atau buahbuahan, namun biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu meningkatkan kesihatan sekali gus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik metabolik.

Menyedari biji aprikot bagus untuk kesihatan, Eynasha Health & Beauty mengambil inisiatif mempromosikan produk berasaskan biji aprikot yang seratus peratus tanpa tambahan bahan lain.

Pengasas Eynasha Health & Beauty, Azlina Abdul Aziz, berkata produk itu tulen tanpa sebarang bahan tambahan yang mengubah rasa dan khasiat biji aprikot.

Menyedari rasa biji aprikot mentah pahit dan sukar dimakan, beliau berkata, pihaknya mengeluarkan pelbagai produk berasaskan biji berkenaan dalam bentuk kapsul dan serbuk.

Produk bentuk kapsul

Eynasha Apricot Seed katanya, adalah produk dipatenkan dalam bentuk kapsul manakala Aeynasha Apricot Seed Sprinkles produk dalam bentuk serbuk.

"Selain itu, kita juga mengeluarkan Eynasha Apritox yang menggabungkan biji aprikot dengan buah-buahan bagi membantu membersihkan hati, buah pinggang dan usus sekali gus mengeluarkan toksin dalam badan," katanya.

Pengambilan biji yang siap diproses, katanya diakui pakar pemakanan lebih baik kerana pengambilan biji aprikot mentah dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya.

"Ini amat bahaya kepada kesihatan manusia dan menyebabkan keracunan, selain kesan sampingan terhadap tubuh badan.

Kaya beta-karotin

"Sebagai makanan yang kaya beta-karotin, biji aprikot mampu mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit selain menghilangkan kesan nikotin bagi membantu melancarkan saluran darah," katanya.

Selain itu, Azlina berkata, biji aprikot juga sesuai diamalkan wanita yang putus haid kerana buah ini mengandungi boron yang merangsang pengeluaran hormon seks estrogen.

Biji itu juga katanya, membekalkan galian kalium yang baik untuk kesihatan jantung, zat besi bagi menghindarkan keletihan dan jangkitan. Turut berfungsi menambah salika iaitu sejenis sebatian yang memelihara kesuburan kulit, rambut dan kuku.

"Apabila mengambil biji aprikot disarankan menambah jumlah pengambilan dan seeloknya di ambil air sedikit demi sedikit. Biji aprikot bertindak secara berkesan akan mengeluarkan toksin. Pengambilan lebih berkesan dengan mengambil banyak air kosong," katanya.

~ BH



 
Chatroom