Home » » Sinopsis drama Noktah Erna

Sinopsis drama Noktah Erna

Slot Samarinda – NOKTAH ERNA TV3

Mengisahkan Erna, seorang graduan luar negara yang pulang ke tanahair setelah tamat belajar. Bersama beliau ketika pengajian ialah Shamsul iaitu jirannya sendiri.

Setelah bergelar graduan, kini Erna bekerja di syarikat bapanya manakala Shamsul pula sebagai seorang pensyarah.

Mereka sebenarnya mempunyai perasaan terhadap masing-masing tetapi masih menyimpan erat perasaan cinta yang terjalin.

Suatu hari, Erna pulang ke kampung dan berjumpa dengan Kamal iaitu anak angkat kepada datuknya.

Bagaimana kisah cinta ini berkesudahan?

Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan mantap Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani dalam Noktah Erna di Slot Samarinda, Selasa-Khamis 10.30malam bermula 5 Mei 2010
Quote dr Budiey.com

Lakonan Rita Rudaini, Aqasha, Awal Ashaari, Jue Aziz, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani Noktah Erna akan mula disiarkan pada 5 Mei 2010, Selasa-Khamis 10.30 malam.



Affiliates

 
Chatroom