Home » » Tubuh bebas selulit

Tubuh bebas selulit

Oleh MERAN ABU BAKAR

SELULIT merupakan masalah yang sering menghantui wanita. Selulit menjadikan kulit tidak licin dan nampak bergaris-garis. Keadaan ini amat memalukan terutama apabila mereka ingin mengenakan pakaian mandi.

Selulit merupakan satu lapisan lemak di bawah kulit yang terletak di atas otot. Terdapat jaringan serat yang menghubungkan otot ke kulit. Jaringan ini menjadikan kantung lemak di mana lemak terkumpul atau menekan lapisan lemak yang normal sehingga lapisan tersebut menonjol di bawah kulit.

Timbunan lemak kerap ditemui di bahagian paha, pinggang, perut dan bawah lengan.

Rawatan anti selulit Endermologie LPG diamalkan oleh pakar kecantikan dan kesihatan bagi mengurangkan selulit dengan menggunakan mesin Cellu M6.

Rawatan yang mengambil masa selama 35 minit ini membantu melancarkan aliran darah dan limfa serta meningkatkan pembuangan metabolik. Hasilnya, tubuh yang lebih langsing serta kulit yang licin dan tegang. Sebaik-baiknya lakukan dua kali seminggu.

Kelebihan lain bagi rawatan ini ialah ia tidak menyakitkan, terasa lebih relaks dan paling penting tidak menggunakan bahan kimia.

Kaedah rawatan:

lPelanggan yang ingin mendapatkan rawatan anti selulit ini akan diberi konsultasi dan analisis mengenai lemak, selulit, bentuk tubuh, pengumpulan air dalam badan dan sebagainya.

~ Ketinggian pelanggan akan diukur bagi dicatatkan dalam rekod peribadi.

~ Lemak dan air dalam badan akan diukur bagi mengetahui jumlah lemak yang harus disingkirkan.

~ Sebelum memulakan rawatan, pelanggan akan memakai baju khas daripada kain stoking nipis, LPG Bodywear yang mengikut bentuk badan.

Baju ini memu- dahkan mesin Cellu M6 bergerak ke serata badan. Kemudian barulah urutan secara mekanikal dilakukan pada bahagian-bahagian yang terkumpul banyak lemak. Selain mengurut, cara ini juga dapat menghalus dan mengecilkan lemak supaya proses pembuangan air mudah dan lancar.

Sel kulit mati turut dapat disedut dan kulit nampak lebih bersih, licin dan cerah.

~ Sel kulit mati berupa habuk putih yang disedut oleh mesin Cellu M6.

Jenis rawatan: Anti selulit Endermologie LPG

Tempoh masa rawatan: 35 minit



1 Komen:

Ina berkata...

Tumpang tanya..macamna nak dapatkan rawatan cellu m6 ini? berapakah bajet untuk rawatan ini?

Catat Komen

 
Chatroom