Home » » Elyana Sudah Gemuk?

Elyana Sudah Gemuk?


Menurut Elyana yang gemar berkaki ayam ketika membuat persembahan ini, memang dia mengelak daripada terlibat dengan mana-mana sesi photografi kerana kurang selesa dengan berat badannya sekarang ini.

“Saya akui memang sekarang ini saya kurang yakin dengan penampilan diri. Berat badan saya yang naik mendadak membuatkan saya mengelak daripada terlibat dengan mana-mana sesi fotografi. Tapi ini bukanlah bermakna saya tidak melakukan sebarang aktiviti. Saya masih menerima undangan nyanyian. Selain itu, saya juga baru selesai mengacarakan sebuah rancangan masakan yang akan bersiaran di RTM tidak lama lagi,” ujar Elyana.


Bercerita lanjut tentang kenaikkan berat badannya itu, Elyana yang akan muncul dengan album baru hujung tahun ini memberitahu sekarang ini berat badannya sudah mencecah 62 kilogram, berbanding dahulu beratnya hanya 51 kilogram. “Memang saya risau dengan pertambahan berat badan ini. Hendak katakan badan naik kerana selera makan bertambah, rasanya tidak pula. Selera makan saya sama macam dulu. Cuma sekarang ini kalau saya kontrol makan pun, berat badan saya tidak turun. Sedangkan sebelum ini makan banyak mana pun, berat badan saya tidak naik.

Saya sudah pun jumpa dengan doktor sebab takut kalau ada masalah kesihatan lain. Tapi doktor cakap tiada apa-apa masalah, mungkin kerana perubahan hormon. Sekarang ini saya sedang berusaha untuk dapatkan berat badan asal. Selain berdiet, saya juga luangkan masa ke gim memandangkan sudah setahun Celebrity Fitness menaja keahlian saya.” ujar Elyana yang mengaku tidak mengambil sebarang pil pelangsingan.

“Dulu saya pernah makan pil, tapi apabila saya berhenti mengambilnya, berat badan saya jadi bertambah naik. Sekarang ini saya memang tidak berani dan tidak mahu ambil sebarang pil pelangsingan,” tambah Elyana.



 
Chatroom