Home » » Tidur Lebih Lena

Tidur Lebih Lena

Ingin memperoleh tip merehatkan tubuh dan minda yang berkesan? Cuba kaedah ini.

KESUKARAN mendapat tidur yang berkualiti biasanya akan membuatkan anda terasa tertekan dan risau. Tekanan yang berlanjutan cukup meletihkan. Pada masa sama, tubuh mengharapkan tidur dan rehat yang mencukupi.

Berdasarkan pelbagai kajian, manusia yang memperoleh tidur optimum akan lebih peka, memiliki tahap memori yang lebih baik dan boleh menyelesaikan sesuatu masalah secara berkesan. Ini seterusnya menyumbang kepada tahap kesihatan yang baik. Tidur adalah satu-satunya masa untuk kita berehat dan menenangkan fikiran. Berikut adalah beberapa kedudukan yoga yang baik untuk memperoleh tidur berkualiti.




1. SUPPORTED CHILD POSE

Manfaat:

* Membantu mengurangkan tekanan dan menenangkan minda

* Melegakan masalah keletihan dan sakit kepala

Peralatan

* 1 bantal peluk

* 1 lipatan selimut (untuk menyokong kepala)

* Lipatan selimut tambahan (untuk memberi sokongan kepada bahagian badan apabila diperlukan)

Langkah-langkah:

* Duduk seperti yang dalam gambar dengan jari kaki dirapatkan sementara bahagian lutut dipisahkan dengan bantal peluk.

* Letakkan tubuh di atas bantal peluk seperti dalam gambar dan rehatkan dahi seperti ditunjukkan. Rehatkan kepala kepada sebelah bahagian. Letakkan lengan di sisi bantal peluk manakala siku sebaris dengan bahu.

* Kekal dalam posisi ini selama dua minit sebelum ulangi kepala untuk sebelah bahagian lagi.

* Tutup mata dan benarkan tumpuan menghala ke dalam dan bernafas seperti biasa.

* Gunakan graviti untuk membantu membebaskan tekanan dan sebarang ketidakselesaan tubuh.

Nota:

* Jika perlu, tambahkan lipatan selimut di atas bantal peluk untuk memberi sokongan penuh kepada badan.

* Sekiranya buku lali terasa 'ketat', letakkan selimut lipat di bawah dan hadapan buku lali.

* Seandainya bahagian punggung tidak dapat mencecah tumit, letakkan lipatan selimut di atas tumit.

2. INVERTED LAKE POSE




Manfaat


*Menenangkan minda

* Menyelaraskan tekanan darah dan melegakan keletihan atau kekejangan kaki

Peralatan:

* 1 bantal peluk (menyokong bahagian belakang dan punggung)

*1 blok (diletakkan antara dinding dan bantal peluk bagi memberi ruang untuk merendahkan bahagian punggung)

*1 selimut (untuk membuatkan bantal peluk dan blok sebagai satu unit)

Langkah-langkah:

* Letakkan bantal peluk secara melintang pada dinding. Blok diletakkan di antara dinding dan tengah-tengah bantal peluk. Selimutkan bantal peluk dan blok.

* Biarkan tubuh terlantar di tengah-tengah bantal peluk dan letakkan tangan seperti dalam gambar.

* Posisikan tubuh ke arah dinding dan naikkan kaki satu-persatu. Luruskan dan dekatkan punggung pada dinding.

* Sebaik sahaja kaki diluruskan menghala ke dinding, perlahan-lahan turunkan bahagian tubuh, bahu dan kepala di atas lantai. Lurus dan rapatkan kaki.

* Benarkan bahagian kaki, abdomen dan pelvik berehat. Tutup mata dan bernafas seperti biasa. Kekal dalam posisi itu selama tiga hingga lima minit. Untuk keluar daripada kedudukan itu, pastikan dengan berhati-hati meluncur ke atas lantai.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom