Terapi laser fractional mampu memperbaiki keadaan kulit sehingga 50 peratus selepas rawatan pertama.
ANDA benci jerawat? Lebih memburukkan keadaan apabila anda terpaksa berdepan dengan kesan parut yang hodoh? Adakah anda telah menghabiskan ribuan ringgit atau mencuba pelbagai ubatan dan kaedah tetapi masih belum berpuas hati dengan hasilnya? Usah risau, anda tidak keseorangan.
Jerawat yang dialami oleh kira-kira 80 peratus golongan remaja juga merupakan salah satu masalah kulit yang merisaukan kira-kira lima peratus golongan dewasa dalam sesebuah masyarakat.
Secara umum, masalah jerawat boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu biasa, separa serius dan amat serius.
Keadaan muka berjerawat yang biasa lazimnya memperlihatkan kehadiran bintik-bintik hitam dan putih yang menyekat liang-liang roma manakala masalah jerawat separa serius bermakna kemunculan jerawat merah sama ada bernanah atau tidak.
Masalah jerawat yang serius pula hadir dalam kelompok berbentuk batu-batu dan 'bergunung' sehingga pesakit turut merasai kesakitannya.
Dalam kebanyakan kes parut jerawat yang serius, pesakit selalunya mengalami masalah jerawat tahap ketiga atau tidak terkawal. Situasi ini seterusnya menjurus kepada keadaan kulit wajah berkawah-kawah seakan permukaan bulan.
Ramai pesakit yang menggunakan pelbagai kaedah termasuk jari untuk memicit bagi mengeluarkan 'benih' jerawat yang berwarna putih.
Tindakan ini bukan sahaja akan memburukkan keadaan serta meninggalkan kesan parut, malah ditegah oleh pakar dermatologi. Mendapatkan rawatan sebaik selepas hilangnya jerawat adalah antara kaedah pencegahan parut yang berkesan.
Malah apa lagi yang perlu dirisaukan, memandangkan kecanggihan teknologi moden hari ini sudah mampu mengembalikan kesihatan kulit yang licin dan berseri.
Terapi laser fractional adalah kaedah teknologi pembaik pulih kulit terkini yang mampu memperbaiki keadaan kulit sehingga 50 peratus selepas rawatan kali pertama.
Tidak menyakitkan atau mencederakan, prosedur ini hanya mengambil masa 10 hingga 20 minit, bergantung kepada tahap masalah kulit seseorang.
Teknologi laser fractional telah direka khas untuk memberi perubahan kepada bahagian-bahagian tisu yang terjejas.
Oleh kerana jenis terapi ini hanya menyasarkan kawasan tisu tertentu, maka tempoh penyembuhan kulit juga mengambil masa yang lebih singkat. Malah pesakit tidak perlu bimbang jika kulit menjadi kemerahan kerana keadaan ini akan reda selepas beberapa jam.
Berbanding teknologi laser sebelum ini, laser fractional mampu menembusi bahagian kulit yang lebih dalam dan ini membolehkan pengurangan masalah lain kulit.
Ini termasuk perubahan dari segi tekstur kulit yang lebih tegang, pengurangan pigmentasi, garis-garis halus, kedut dan kesan parut yang kurang jelas.
Terapi laser biasa lazimnya hanya menembusi tahap kedalaman 200 mikron kulit tetapi laser fractional boleh mencecah kedalaman sehingga 3,000 mikron atau 10,000 mikron.
Bagi yang tertanya bagaimana pesakit perlu menjaga kulit selepas menjalani terapi, mudah saja. Pelembap dan krim pelindung cahaya matahari perlu disapukan ke bahagian yang dirawat setiap tiga hingga empat jam selama dua minggu untuk memastikan kulit sentiasa lembap.
Jadi, oleh sebab masalah kulit, khususnya parut jerawat setiap orang adalah berbeza, hanya dengan nasihat pakar terlebih dahulu boleh menentukan kaedah rawatan yang sesuai.
Untuk maklumat lanjut mengenai terapi laser fractional, sila hubungi talian 012-628 0808.
3 Komen:
takut le ngk gamba tu.. cepat2 le update, bia jgn bukak2 nmpk gamba mcm tu
mahal x bnda ni?agk2 brape?
dah cuba, jd testimoni utk Dr
Catat Ulasan