Home » » Disiplin, fokus untuk langsing

Disiplin, fokus untuk langsing

Bersama Dr Nordin Darus

HARUS diingatkan bahawa pengamalan diet yang membabitkan air yang banyak perlu diimbangi dengan pengambilan garam. Ini kerana pengambilan air akan membersihkan organ dalaman tubuh manusia sekali gus mengurangkan kadar sodium, iaitu garam dalam badan.

Bagaimanapun, elakkan menggunakan garam masak biasa dalam sukatan yang berlebihan, sebaliknya usahakan untuk mendapatkan garam yang sudah disahkan mempunyai khasiat seperti garam bario dari Sabah atau produk yang dihasilkan daripada garam itu.

Kemudian, anda perlu mengawal emosi anda dan mempunyai semangat kuat untuk melangsingkan badan. Bukan dengan cara diet yang keterlaluan dan drastik, apa yang perlu difahami, anda mesti berdisiplin dan fokus dengan apa yang diinginkan. Sekiranya fokus dan berdisiplin, anda akan mendapat lebih daripada apa yang anda fokuskan.

Contoh, jangan kata 'saya mahu mengurangkan berat badan atau saya mahu menjadi lebih kurus'. Anda perlu lebih spesifik ketika ingin mencapai sesuatu matlamat itu.

Cara yang lebih baik adalah dengan mengatakan bahawa 'saya mahu tubuh yang langsing, dan turun 10 kilogram dalam masa tiga bulan daripada sekarang serta cergas dan sihat'. Matlamat anda perlu lebih spesifik dan ia sesuatu yang boleh dicapai. Fokuskan kepada matlamat yang munasabah bagi anda untuk melakukannya.

Matlamat itu perlu lebih realistik dan jangka masa memainkan peranan yang amat penting. Justeru, anda perlu mencapai matlamat dalam jangka masa yang sudah anda tetapkan.

Kemudian anda perlu percaya dengan diri sendiri. Anda harus percaya boleh mencapai matlamat dengan mempunyai motivasi yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, anda perlu segera bertindak bagi memperoleh hasilnya. Apabila anda sudah memulakan semua langkah ini, anda perlu sentiasa berlatih mempraktikkannya dengan disiplin yang tinggi. Selain itu, ubah tabiat negatif yang selama ini ada dalam diri anda.

Tidak lupa juga, selain daripada berusaha untuk melangsingkan badan dari segi pemakanan, bersenam juga adalah sesuatu yang patut dilakukan. Dengan cara ini anda akan mendapat tubuh badan yang lebih langsing dan sihat. Bersenam mampu membuatkan anda menjalani kehidupan yang lebih ceria. Oleh itu, cubalah untuk bersenam sambil bergembira seperti kata-kata di bawah;

"Tiada kesakitan, tiada kesan, tiada usaha, tiada kesan, sedikit usaha, banyak kesan."

Ketahui kebenaran mengenai senaman, mereka yang tidak mempunyai masalah berat badan akan bergerak sebanyak 5,000 hingga 6,000 langkah setiap hari. Bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan pula hanya akan bergerak tidak lebih daripada 2,000 langkah setiap hari.

Oleh itu, apa salahnya bagi golongan ini menambahkan pergerakan langkah mereka setiap hari supaya tubuh badan mereka secara semula jadi akan membakar lemak yang berlebihan.

Bagaimanapun, ingin diingatkan sesuatu perkara yang anda lakukan itu atau sekiranya anda ingin mencapai sesuatu matlamat itu, apa yang perlu ada dalam diri anda ialah tahap disiplin yang tinggi, semangat yang kuat dan fokus dengan apa yang anda inginkan.

Ini semua berkaitan dengan minda anda. Sekiranya anda sudah menetapkan minda untuk mencapai sesuatu impian itu, ditambah pula dengan usaha yang dilakukan, segala-galanya akan berjalan lancar.

"Sarapan pagi seperti pengemis, makan tengah hari seperti permaisuri, makan malam seperti raja"

Apakah maksud ungkapan itu? Bunyi macam ganjil saja bukan? Kalau ingin tahu lebih lanjut, ikutilah rencana saya seterusnya.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom