Home » » » » Serba sedikit yang anda perlu tahu mengenai piano

Serba sedikit yang anda perlu tahu mengenai piano

PENYELIDIKAN dan kajian membuktikan komitmen dan kesan pembelajaran piano mempunyai hubungan yang kuat kepada perkembangan otak. Bukan itu sahaja, kesan bunyi yang dihasilkan juga mampu mengurangkan tekanan dan membangunkan personaliti pemainnya.

Tips sebelum memiliki piano
Pada umur berapa pembelajaran harus bermula?
Walaupun tidak ada had umur, tenaga pengajar mengesyorkan usia sekitar enam hingga lapan tahun adalah waktu terbaik untuk memulakannya.

Apakah jenis-jenis piano dan bagaimana ia dipilih?

Piano dikategorikan mengikut saiz dan kemampuannya, antaranya adalah Concert Grand, Half Concert Grand, Parlour Grand, Drawing Room Grand, Professional Grand, Living Room Grand, Baby Grand, Upright, Vertical dan Spinet.

Pemilihannya bergantung tahap penguasaan dan perbelanjaan yang dimiliki, secara amnya semakin besar sesebuah piano semakin berkualiti bunyi yang dihasilkan.

Kayu atau digital?

Piano kayu menghasilkan bunyi paling asli tetapi memerlukan penalaan (tuning) sekurang-kurangnya dua kali setahun, manakala piano digital menawarkan pelbagai pilihan bunyi, kesan khas dan lebih mudah alih.

Di mana ia harus diletakkan?

Jangan meletakkan piano berdekatan dengan tingkap bagi mengelakkan binaannya luntur kesan perubahan cuaca. Letakkan piano di tempat yang mempunyai suhu yang stabil untuk bunyi terbaik.

Tip sebelum membeli

Selidik sejarah atau asal usul sesebuah piano seperti tempat ia dihasilkan, penggunaan, penjagaan, penalaan dan jangan lupa pastikan ia bebas daripada pecah atau retak.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom