Home » DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu

DCL lahirkan usahawan jutawan Melayu

Perniagaan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat atau MLM (multilevel marketing) telah lama bertapak di negara ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa di dalam industri MLM dengan penghasilan jualan mencecah ratusan bilion dolar setahun dan ia terus berkembang.

Bagaimanapun, kebanyakan syarikat MLM yang ada lebih mengutamakan keuntungan semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian (halal) produk dan kesan sampingan pengguna, serta memberi lebih keadilan kepada pengedar.

De Classic Life (M) Sdn. Bhd. atau DCL, perniagaan yang berorientasikan sistem MLM tulen memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan, sehingga berjaya melahirkan beberapa jutawan dan ramai lagi yang bebas kewangan.

Pertemuan wartawan Meran Abu Bakar dan jurugambar Zulhafiz Hanafiah dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar, 49, anak kelahiran Kampung Meraga, Kijal, Kemaman, Terengganu, di pejabatnya, Wisma DCL, Wangsa Melawati, mengungkap perjuangannya selama 10 tahun bagi membina empayar perniagaan dengan fokas utamanya membina rangkaian perniagaan yang berasaskan MLM tulen.

Pada masa sama memberi peluang kepada anak-anak Melayu dan sesiapa juga mencipta peluang perniagaan untuk diri, masyarakat dan bangsa.

Mega: Boleh Datuk ceritakan bagaimana Datuk memulakan perniagaan DCL.

Sepanjang saya bergiat sebagai seorang pengedar bebas selama 14 tahun dan lima tahun sebagai pengurus kanan di beberapa syarikat MLM, saya dapati kebanyakan syarikat hanya mementingkan keuntungan syarikat tanpa berlaku adil terhadap pengedar dan pengguna.

Pengedar terutamanya pemimpin atasan tidak memperoleh pendapatan yang sewajarnya dengan kerja mereka. Manakala pengguna pula sering terdedah dengan produk yang tidak halal dan memberi kesan sampingan. Bertitik-tolak daripada itu saya terpanggil untuk menubuhkan syarikat MLM sendiri dengan menitikberatkan keadilan kepada pengedar dan pengguna. maka pada 1998 saya memulakan langkah meskipun berdepan dengan segala kepayahan dan kini alhamdulillah terus berkembang pesat hingga ke pasaran global seperti Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Insya-Allah kami akan mengembangkan ke beberapa negara lagi pada tahun ini.

Selain mencari keuntungan, apakah sebenarnya objektif DCL ditubuhkan?

Bagi saya, bukan sahaja duit penting malah akhirat tidak boleh diketepikan. Saya melihat banyak ketidakadilan pada pengedar dan saya ingin menegakkan keadilan dan memegang moto ‘lebih adil lebih sukses’. Saya mahukan keadilan yang lebih menyeluruh, iaitu kepada pengguna, pengedar dan syarikat.

Keuntungan peribadi bukan tujuan utama. Objektif utama saya adalah untuk membina ekonomi ummah berdikari dan mahu semua mendapat untung. Win-win situation menjadi pegangan kami. Alhamdullillah dengan sokongan semua, DCL kini merupakan syarikat mlm bumiputera terunggul di rantau ini.

Apakah cabaran- cabaran yang dihadapi?

Kegawatan industri MLM, justeru bahana skim cepat kaya yang bertopengkan MLM, memberi impak negatif dalam industri. Namun, cabaran utama ialah sukar mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri pada awal penubuhan.

Adakah Datuk berbangga kerana usaha Datuk sudah menampakkan kejayaan?

Sudah tentu kerana DCL berjaya melahirkan ramai jutawan dan ramai lagi yang memiliki kebebasan kewangan, selain mempunyai seramai 350,000 orang pengedar.

Siapakah fokus utama DCL?

Fokus utama kami ialah golongan pertengahan dan bawahan kerana mereka adalah kuasa beli utama di Malaysia. Bagaimanapun kami sudah mula menghasilkan produk untuk sasaran elit, iaitu alat rawatan air, selain daripada beberapa produk yang sedia ada seperti Bidadari, Nu Age dan beberapa yang lain. Kita kena ada strategi pemasaran untuk tembusi pasaran elit.

Mungkin Datuk ada tip yang boleh dikongsi dengan usahawan Melayu lain bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Pertama buat pilihan perniagaan yang betul. Kedua, buatlah dengan cara yang betul dan ketiga, buat betul-betul (total commitment). Beri lebih daripada apa yang kita terima, kita akan terima lebih daripada apa yang kita beri. Apabila ‘memberi’, hendaklah beri dengan ikhlas, dan jangan takut gagal, justeru kejayaan hanya untuk orang yang berani saja.

Difahamkan DCL mempunyai tabung kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Saya percaya Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi dengan orang lain yang memerlukan. DCL mempunyai tabung kebajikan khas untuk membantu insan yang memerlukan.

DCL menjadikan Rumah Penjagaan Titian Kasih di Titiwangsa sebagai anak angkat dan mencukupkan keperluan mereka. Kami akan menyerahkan sebuah bas sekolah untuk keperluan mereka pada 26 Januari ini.

Saya juga merancang untuk menubuhkan Yayasan DCL bagi menguruskan dana yang disumbang oleh syarikat dengan lebih teratur.

Ringkasan mengenai DCL

De' Classic Life atau lebih dikenali dengan panggilan DCL merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang berorientasikan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM).

Kini, DCL yang telah memasuki operasi tahun yang ke-10 telah membuktikan bahawa ia telah berjaya membantu melahirkan ramai usahawan jaya dan ramai orang yang bermasalah dengan kesihatan dan kecantikan.

Kilang - De Classic Manufacturing (M) Sdn. Bhd. - bertanggungjawab mengeluarkan sebahagian daripada produk yang dipasarkan oleh syarikat DCL dan syarikat kumpulan serta syarikat pemasaran luar.

Objektif penubuhan DCL:

* Membina ekonomi ummah berdikari.

* Membina kesihatan & kecantikan secara semula

* Menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik dan lebih mudah untuk lebih sukses.

* Memperjuang dan mengangkat martabat industri MLM yang tulen dan beretika.

Visi

* Membina pasaran global.

* Membina rakan niaga/usahawan supaya mencapai kemerdekaan kewangan.

* Menjadi pengeluar dan pengedar produk alternatif yang memberikan sumbangan yang besar terhadap masalah kesihatan dan kecantikan sejagat tanpa memberi risiko atau tanpa kesan sampingan terhadap pengguna dan dengan harga yang berpatutan.

Misi

* Menyediakan wadah perjuangan untuk pejuang tulen.

* Mewujudkan pelan pemasaran yang unik, mudah dan menguntungkan.

* Menghasilkan produk alternatif berkualiti berbeza daripada pesaing-pesaing.

* Komitmen pemasaran yang tinggi (efektif servis) terhadap pengedar-pengedar dan memberi latihan yang sistematik bagi mencapai objektif syarikat.

* Membina pengedar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan mampu bersaing di pasaran global.

Syarikat-syarikat kumpulan yang juga menyumbang kepada perkembangan DCL

* D'Eagle Motivation

* De Classic Life (M) Sdn. Bhd.

* PT De Classic Life Indonesia

* De Classic Life Worldwide Indonesia

* De Classic Life Worldwide Thailand

* D’Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd.

* D’Navechee Global

* Butik D’Navechee (M) Sdn. Bhd.

* S’N Art Publishing Sdn. Bhd.

* De Classic Manufacturing Sdn. Bhd.

* Gigatronics (M) Sdn. Bhd.

* DCL Global (S) Pte. Ltd.

* D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd.

* Rangkaian Restoran

* Propety & Construction

* Tour & Travel (sedang dalam perubahan)



2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Take the time to test your site, and make sure that various connections
speeds receive quick load times. They will streamline the codes for the purpose of building the design.
If you build a website, which is based on content; it will have more content and less graphic pictures.


My weblog: The Design Entrepreneur Free Download

Tanpa Nama berkata...

Here we have the solution for every thing; our IT experts will provide
you Microsoft free MCITP: Enterprise Administrator
questions with solutions. The sites mentioned here provide
basic templates that can be used for both personal and commercial publications, but aren't always readily compatible with online publishers. Writers are aware of the growing popularity of e - Books and how it can help their work reach a global audience.

Also visit my blog post ... free pdf ebook download

Catat Ulasan

 
Chatroom