Home » » Tips Menulis

Tips Menulis

Ada tips menulis yang saya perolehi dalam satu blog. Sepertinya bagus juga
untuk dibaca bersama.

Tips Menulis

1.Tulislah tentang sesuatu yang kamu ketahui. Jangan menulis sesuatu yang kamu tidak ketahui langsung atau kurang pengetahuan jika tidak mahu tulisan kamu dianggap mengada-ada atau kosong isinya.

2.Jangan berharap tulisan pertama yang kamu hasilkan sudah cukup bagus. Kemahiran menulis adalah suatu proses yg panjang, tidak seketika. Jadi, kamu harus selalu memperbaiki hasil tulisan kamu dari masa ke semasa.

3.Sebelum menulis, bayangkan diri kamu akan menghasilkan satu naskhah yang menarik dan hebat. Ketidakseriusan menulis hanya akan menciptakan hasil penulisan yang sia-sia belaka. Penulisan yang tidak serius tidak akan meninggalkan sebarang kesan pada hati pembaca dan mungkin tidak akan menarik minat orang langsung.

4. Kenali tatabahasa yang baik dan jangan lakukan kesalahan ejaan supaya tulisan kamu kemas dan senang difahami.Kamu sedang menulis untuk dibaca orang lain, bukan untuk syok sendiri.

5. Pastikan kamu sedang menulis sesuatu yang baru dan segar. Bukan mengulangi tulisan-tulisan yang sudah pernah dibuat orang lain. Ia seolah-olah menyalin karya orang lain. Cuba cari idea yang tidak pernah dibuat orang, pasti karya kamu menjadi perhatian.

6. Jangan percaya pada tips apa pun kerana ia hanya akan membelenggumu. Bebaskan diri kamu dari berbagai macam tips.

Selamat menulis!!!!



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom