Home » » Sinopsis Drama Jalan Lain Ke Madinah

Sinopsis Drama Jalan Lain Ke Madinah

Sinopsis Jalan Lain Ke Madinah

Drama khas Ramadan berjudul Jalan Lain Ke Madinah menyingkap kehidupan seorang lelaki yang leka dengan godaan duniawi hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

Mengisahkan Datuk Hisyam, tokoh perniagaan yang terpaksa mengharungi saat kejatuhan dan gagal mengemudi keluarganya yang kucar-kacir. Akibat tekanan itu, dia diserang sakit jantung lalu koma dan dimasukkan ke hospital.

Dalam koma, Hisyam dibayangi kisah silam yang lama ditinggalkan demi memburu kemewahan. Terdesak untuk menebus kesalahan lampau, Hisyam mengarah pembantu peribadinya, Kamarul Arif mencari Ehsan, anak hasil perkahwinan pertamanya yang kini menetap di Madinah.

Bagaimanapun, keputusan itu ditentang isteri Hisyam, Datin Kamalia yang bimbang kehadiran Ehsan bakal memusnahkan harapannya mewariskan segala kekayaan Hisyam kepada anak mereka, Muzaffar.

Ehsan banyak membawa perubahan kepada syarikat Hisham, malah dia berjaya membuka mata bapanya untuk kembali berkiblatkan agama.

Sudah semestinya perubahan itu kurang disenangi Kamalia dan Muzaffar yang mengagungkan cara hidup Barat. Mampukah Ehsan mengubah kegelapan yang menyelubungi keluarga Hisham?

Dibintangi pelakon hebat iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Ijoy, Mohd Asry Azizan, Ramly Saleh dan Abu Bakar Omar, drama Jalan Lain Ke Madinah akan menemui penonton TV1 Jumaat ini, jam 10.30 pagi.



 
Chatroom