Home » » Sinopsis Puteri Malam lakonan Zara Zya (Drama Bersiri)

Sinopsis Puteri Malam lakonan Zara Zya (Drama Bersiri)

Sinopsis Puteri Malam

Puteri Malam mengisahkan Puteri (Zara Zya) yang lari daripada rumah kerana tertekan dimarahi ibu bapanya demi mengejar cita-cita menjadi artis terkenal. Namun jalan yang dipilih membawanya menempuh hidup yang memerangkap diri ke lembah hina.

Bermulalah perjalanan hitam Puteri apabila dia dirogol seorang lelaki ketika hadir untuk satu sesi uji bakat di Kuala Lumpur. Puteri kemudian diselamatkan Farid (Ku Hariz) lalu dibawa ke rumahnya di sebuah rumah kedai di Chow Kit.
Puteri Malam

Rumah itu turut didiami Fiona (Puteri Chichi) yang disangkakan kakak Farid. Puteri tertarik melihat penampilan Fiona yang seksi dan berjaya menawan hati ramai lelaki.

Farid mula membelikan Puteri pakaian baru yang seksi, sama seperti yang dipakai Fiona. Pada mulanya Puteri sangsi dengan tindakan baik Farid, tetapi lama-kelamaan, Farid berjaya membuatkan Puteri percaya padanya dan akhirnya Puteri jatuh cinta pada Farid.

Puteri meluahkan segala perasaannya serta berkongsi mengenai impiannya untuk menjadi artis. Farid berjanji akan membantu Puteri mencapai cita- citanya itu.

Tanpa Puteri sedari Farid adalah `bapa ayam' Fiona dan kini dia cuba memperdayakan Puteri untuk menjadi pelacur demi mendapatkan wang. Apabila Puteri tersedar dirinya diperangkap Farid, semuanya sudah terlambat. Puteri terjerat dengan impian yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

Mampukah Puteri meloloskan dirinya keluar daripada lorong hitam yang diciptanya sendiri?


Slot drama 9X yang bersiaran setiap hari Isnin, jam 10.30 malam di TV9 ini terbitan Filmscape Sdn Bhd Drama Puteri Malam diarahkan Nor Hanisyam (Labu) ini dibintangi Zara Zya, Puteri Chichi, Ku Hariz dan Hafreez Adam.



Affiliates

 
Chatroom