Home » » Buah menggemukkan?

Buah menggemukkan?

Gula asli yang terdapat di dalam buah-buahan menjadi epidemik terbaru yang menyumbang kepada obesiti masyarakat.

Menurut seorang saintis, gula asli yang terkandung di dalamnya mampu menjerumuskan seseorang kepada masalah obesiti jika ia digunakan untuk membuat makanan manis.

Fruktosa yang terdapat di dalam buah yang digunakan untuk memaniskan minuman mahupun makanan ringan didakwa lebih membawa kesan buruk daripada gula biasa.

Dalam satu kajian, sekumpulan individu gemuk yang mengambil fruktosa bertambah lemak pada bahagian perut berbanding individu yang diberikan glukosa.

Justeru doktor berpendapat kejadian gemuk abdomen ini amat berbahaya dan menyumbang kepada diabetes dan penyakit hati.

Fruktosa asli ditemui dalam buah, jus buah dan jem. Bagaimanapun, ia dipercayai turut terkandung di dalam sirap yang digunakan dalam industri pemakanan.

Penemuan itu telah membuat segelintir pakar mempercayai ia menjadi penyumbang terbesar kepada masalah obesiti masyarakat di Britain dan Amerika.

Saintis dari Universiti California mengumpulkan 33 orang dewasa yang mempunyai masalah obesiti dalam sebuah kumpulan diet yang terdiri daripada 30 peratus lemak dan 55 peratus karbohidrat seperti nasi dan roti serta 15 peratus protein selama beberapa minggu.

Menurut laporan New Scientist, keputusan yang diperoleh selepas 10 minggu mendapati diet tersebut telah memberi tenaga kepada mereka yang kebanyakannya tercerna daripada fruktosa atau glukosa dengan hampir semua mengalami peningkatan berat badan yang sama iaitu kira-kira 1.5 kilogram.

Malah mereka yang mengambil fruktosa telah mencatat tahap kolesterol yang tinggi.

Kajian yang diketuai oleh Dr. Peter Havel ini hanya dijalankan untuk mengkaji mengenai fruktosa asli, bukannya gula jagung fruktosa tinggi. Bagaimanapun ia membawa kepada penemuan sirap yang menyerap lebih tinggi ke dalam tubuh manusia berbanding fruktosa dan glukosa.

"Persoalannya sekarang adalah berapa banyak kuantiti gula di dalam gula jagung ataupun gula biasa yang diberikan oleh tubuh untuk akhirnya membawa mereka kepada masalah ini?," kata Havel.

Pun mereka berpendapat jumlah kalori yang terdapat di dalam makanan tidak begitu penting seperti jumlah gula yang terkandung di dalamnya.

Sebagai contoh, kek yang menggunakan bahan yang mengandungi banyak fruktosa lebih berbahaya berbanding kek yang dibuat daripada bahan tinggi glukosa.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom