Home » » Terapi Dr Jism ibarat bersenam

Terapi Dr Jism ibarat bersenam

Apabila anda menguap, ia adalah simptom badan dalam keletihan atau kekurangan oksigen selain pengaliran darah tidak lancar.

Ini berpunca daripada kekurangan aktiviti riadah atau mengeluarkan peluh. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Justeru, jika anda mencari-cari kaedah moden merawat pelbagai penyakit, anda boleh mencuba terapi medan elektrostatik, Dr Jism.

Dr Jism berfungsi seperti anda melakukan senaman atau berjoging. Ia amat baik untuk kesihatan, malah sudah terbukti di beberapa negara maju termasuk Eropah dan Jepun.

Rawatan terapi medan elektrik statik Dr Jism menghasilkan 60 getaran sesaat dan jika melakukan terapi selama 30 minit, ia bersamaan satu setengah jam jika anda berlari atau berjoging.

Tidak salah mencuba untuk mendapat kepuasan kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali mati.

Malah, sebagai manusia, kita perlu berusaha mencari penawar atau rawatan bagi memulihkan penyakit.

Penggunaan arus dalam perubatan memang diketahui sejak zaman purba Greek lagi apabila belut laut digunakan untuk rawatan sakit kaki dan kepala.

Aliran elektrostatik yang dihasilkan haiwan itu dikatakan mampu membetulkan saluran darah, sekali gus memberi keselesaan kepada pesakit.

Di negara luar terutama Jepun, kaedah rawat menggunakan elektrostatik sudah lama digunakan dan diakui keberkesanannya sehingga turut digunakan di klinik dan hospital.

Kini, manfaat daripada teknologi itu dapat dinikmati pelbagai lapisan masyarakat apabila Al Jabbar Healthcare Sdn Bhd (Al Jabbar Healthcare) membawa masuk terapi dari Jepun itu ke pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group, Kamaruzaman Che Hussain berkata, Dr Jism membantu merawat pelbagai penyakit.

Beliau berkata, harga ditawarkan pihaknya lebih murah berbanding dijual di tempat lain.

"Terapi ini mempunyai kelebihan termasuk voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

"Apabila terapi ini digunakan, ia membantu membersihkan saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan.

"Kesimpulannya, ia umpama membuang kotoran dalam badan," katanya.

Dr Jism

Menurutnya, keistimewaan Dr Jism ialah terapi itu boleh digunakan lima orang serentak dan ia dilengkapi alas tilam, alat kawalan jauh, pelapik duduk, alat penguji sumber elektrik, alat pengeluaran ion negatif dan alat akupuntur.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini boleh menghubungi 03-87393254, 03-87393209 atau 017-6413227.

Anda boleh melayari laman web, www.aljabbar.com.my atau datang sendiri ke No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, 43000 Kajang, Selangor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu.



 
Chatroom