"Umur saya hanya 14 tahun apabila rakan sekolah dan saudara mara menegur paha saya besar dan ejek muka saya bulat. Saya tertekan dan berasakan diri tidak sempurna. Setiap kali memandang cermin, saya benci melihat imej badan yang terpampang.
"Ketika itu, bermulalah keinginan melampau untuk kurus dan melakukan apa saja demi mencapainya. Saya muntahkan makanan dan mula menghukum diri jika gagal menurunkan berat badan."
Begitulah trauma Farahvina Kaur, 21, ketika berkongsi derita anoreksia dialaminya sejak tujuh tahun lalu, dalam satu pertemuan dengan SIHAT, baru-baru ini. Anoreksia - masalah tabiat makan celaru yang bukan setakat membabitkan aspek pemakanan tetapi turut menyentuh sudut psikologi penghidapnya.
Mengimbas kembali episod suram itu, Farahvina berkata kerana tidak tahan sering menjadi bahan ejekan, dia berubah menjadi rendah diri dan berasakan diri serba tidak sempurna. Rutin hariannya - mencubit bahagian berlemak di tubuh dan mengukurnya. Bayangkan sejak usianya masih belasan tahun dia sudah mula berjinak-jinak dengan pelbagai cara untuk menghilangkan berat badan tetapi tidak berjaya kerana kurang pengetahuan mengenai cara paling mudah dan berkesan.
"Keadaan bertambah teruk apabila menyertai Latihan Khidmat Negara. Selama tiga bulan, saya memilih untuk mengelak nasi sebaliknya makan empat keping biskut setiap kali waktu makan menyebabkan berat badan turun mendadak daripada 46 kilogram kepada 38 kilogram sejurus tamat latihan," katanya turut melakukan senaman secara kerap serta hanya memakan gula dalam kuantiti kecil bagi membekalkan tenaga saja.
"Apabila pulang, kulit saya terkena selaran matahari yang teruk membuatkan saya berasa lebih hodoh dan terus hilang selera makan. Saya mula membeli alat penimbang berat badan dan memantau berat setiap masa sehingga mencapai berat paling rendah iaitu 33 kilogram ketika berusia 18 tahun sedangkan ketinggian saya melebihi lima kaki.
"Sejak itu keluarga dan kawan-kawan mula memberi komen saya terlalu kurus tetapi saya sudah tidak nampak semua itu. Setiap kali sasaran berat badan tercapai, saya rasa saya perlu hilang lebih banyak lagi (berat badan). Entah bagaimana, saya mula menyedari apa yang berlaku sudah tidak normal dan harus menamatkannya. Untuk seketika saya berasa lebih sihat dan berat badan saya meningkat kembali kepada 38 kilogram," katanya.
Tetapi, malangnya tahun ini, keadaan kembali huru-hara apabila penuntut bidang Pengurusan dan Pemasaran sebuah kolej terkemuka di ibu kota ini tidak berpuas hati dengan berat badannya yang meningkat 43 kilogram.
"Saya sangat tertekan dan mula obses untuk kurus sehinggakan mengikut apa saja teguran orang. Saya jadi orang yang terlalu negatif dan mula membeli buku khusus kalori, semata-mata untuk mengira jumlah kalori diambil setiap hari. Ini termasuklah menyertai laman sembang anoreksia dan obses dengan semua nasihat dan panduan yang diberikan laman web berkenaan. Dalam fikirsan saya tulang adalah satu simbol kecantikan dan lemak adalah lambang kegagalan," katanya.
Pernah pada satu tahap kronik, Farahvina membuang semua cermin di rumahnya dan mula menghukum diri dengan mencalarkan paha, melakukan senaman berat keterlaluan, melompat, menari dan berlari serta hanya makan sebiji epal, lobak merah dan minuman diet, setiap hari. Makanan yang diambil itu pula biasanya dimuntahkan dan jika boleh, dia cuba mengelak makan. Di kolej pula dia lebih rela menaiki tangga sehingga tingkat 10 setiap hari, tanpa menggunakan lif bagi memastikannya semua lemak badannya dibakar.
"Hanya orang yang mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental akan menyeksa tubuhnya begini dan akibatnya saya pernah pengsan di kolej akibat kadar degupan jantung yang rendah. Titik tolak bagaimana saya benar-benar berubah adalah bila orang mula menuding jari menyalahkan ibu bapa saya dengan pelbagai tuduhan. Padahal merekalah orang pertama yang mencuba pelbagai cara untuk memulihkan saya sehinggalah saya bersetuju untuk menjalani rawatan terapi pakar psikologi," katanya.
Selepas dua bulan menjalani rawatan Farahvina berasa gembira, lebih sihat dan berkeyakinan diri. Malah berat badannya pada Julai lalu 28 kilogram kini meningkat 31.15 kilogram.
"Nasihat saya kepada remaja di luar sana, sayangilah diri anda dan lakukan sesuatu yang anda gemar dan kelilingi diri anda dengan insan-insan yang anda sayangi. Remaja masa kini lebih suka menjadikan rakan sebaya sebagai rujukan, ia berbahaya kerana silap langkah anda yang akan menerima padahnya. Kepada ibu bapa, jadilah sahabat dan juga pembimbing kepada anak-anak, peka dengan perubahan anak-anak dan ambil berat jika anak mula memberi banyak alasan untuk bersendirian serta suka berahsia. Jangan terlalu mendesak mereka dan terimalah mereka seadanya."
Gejala tanda penyakit aneroxia
* Hilang berat badan secara mendadak
* Cenderung menghitung kalori dalam makanan
* Selalu sibuk dengan diet dan bersenam
* Obses timbang berat badan
* Tidak datang haid secara teratur atau berhenti sama sekali
* Muntah-muntah tanpa sebab
* Berubah menjadi pemalu, mengasingkan diri dan sering beri alasan mengenai makanan
`Haid terjejas, buah pinggang gagal'
SEPERTI anoreksia, masalah bulimia atau bulimia nervosa juga antara masalah kesihatan akibat tabiat makan yang bercelaru. Pesakit bulimia akan makan makanan kegemaran dalam jumlah banyak dan kemudian memuntahkannya semula.
Malangnya, bukan saja makanan tetapi asid perut turut dimuntahkan bagi memastikan tiada makanan tersisa. Lazimnya penghidapnya bertindak menjolok anak tekak atau menggunakan pelbagai cara seperti julap dan diuretik (buang air besar atau kecil). Ini dilakukan kerana terlalu ingin mengurangkan berat badan dan pada masa sama masih boleh memakan makanan kegemaran mereka.
Menurut Perunding Psikiatri dan Hipnoterapi Klinikal Pusat Perubatan Prince Court, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, bulimia ada beberapa kriteria seperti episod makan berulang-ulang dan berlebihan daripada biasa, dalam jangkamasa singkat).
"Kedua, timbul rasa menyesal selepas makan yang membawa kepada perbuatan memuntahkan semula makanan dengan menjolok anak tekak dan melakukan senaman keterlaluan dan juga berpuasa secara keterlaluan.
"Ketiga, pesakit bulimia menilai diri, kehidupan dan kecantikan diri hanya berasaskan kepada penampilan, berat badan dan makanan. Mereka hanya memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan berat badan kerana di fikiran diri sentiasa gemuk dan tidak menarik.
Keempat, aktiviti harian terganggu kerana gaya hidup yang terlalu berahsia, suka menghilangkan diri kerana mahu memuntahkan makanan menyebabkan mereka kurang bersosial dan kurang berkawan. Malah pesakit ini sanggup mengubah dan menyesuaikan gaya hidup mengikut tabiatnya yang suka memuntahkan makanan," jelas Dr Daniel ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, pesakit bulimia boleh dikenali kerana tabiat pemakanan yang celaru memberi kesan paling jelas pada gigi dan mulut. Akibat kerap muntah, berlaku hakisan pada enamel gigi, kerosakan gigi dan jangkitan pada gusi. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit). Ia boleh menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.
"Bulimia akan memberi kesan buruk kepada seluruh tubuh seperti tidak datang haid, cenderung untuk sembelit dan dehidrasi akibat penyalahgunaan diuretik dan laksatif, tinggi kalori dan nutrien dari makanan seperti kek, kuih muih, ais krim dan makanan segera. Kulit kering dan berkedut, kekurangan zat, rambut dan kuku mudah pecah. Malah kekurangan mineral dan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang."
Seperti masalah psikologikal lain, bulimia tidak disebabkan oleh satu faktor sebaliknya gandingan beberapa faktor termasuk budaya penjenamaan sosial yang sering dipaparkan media cetak dan elektronik seperti tubuh langsing dan kulit cerah yang dilabelkan sempurna dan ideal.
"Ia membawa pula kepada faktor pencetus yang kerap menimpa peragawati, model dan artis ternama. Ini termasuklah remaja yang baru memasuki usia akil baligh yang sangat rapuh jati diri dan masih mencari identiti. Bayangkan apa kesan komen bersahaja ibu, bapa, rakan atau saudara seperti "peha awak besarlah," atau "muka awak bulatlah," ke atas mereka.
Faktor memudaratkan iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah cantik, faktor genetik dan faktor gangguan imej tubuh (lebih kepada anoreksia) juga memberikan kesan psikologi kepada pesakit.
Jika dibandingkan dengan aneroksia (pesakit mengelak dari menjamah makanan) bulimia lebih mudah untuk dipulihkan. Pakar psikologi bukan saja perlu menjalankan terapi kepada pesakit tetapi keluarga pesakit juga perlu diberi pengetahuan dan disedarkan mengenai masalah mental yang dilalui pesakit dan bagaimana untuk menghadapinya.
Merawat pesakit bulimia adalah usaha bersama pelbagai pihak. Pakar perlu meyakinkan pesakit bahawa dia perlu percaya, sanggup bekerjasama dan bersifat terbuka untuk pulih sepenuhnya kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang perlu dilakukan membabitkan gaya hidup pesakit dan keluarga. Motivasi pesakit perlu dibangunkan kerana untuk pulih ia masih bergantung kepada disiplin dan kekuatan dalaman pesakit
"Pesakit bulimia terlalu tertekan dan beremosi, jadi mengikut fasa tertentu kami mengajar mereka teknik untuk membina harga diri, bertenang, menilai semula cara senaman mereka dan mengubahsuai cara mereka bersenam selepas mengenalpasti masalah psikologikal lain seperti depresi, kegelisahan dan penyalahgunaan bahan diuretik dan julap," katanya.
Oleh Suzan Ahmad