Home » » Sayur dan buah yang boleh menguatkan tubuh

Sayur dan buah yang boleh menguatkan tubuh

Berikut adalah enam jenis makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diambil untuk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit.

1. Seleri

Seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, karotin, vitamin A, B kompleks dan C. Biasanya ia digunakan dalam perubatan secara traditional bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan. Malah, seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam.

2. Jambu Batu

Kulit buah dan isi yang keras paling banyak mengandungi vitamin C yang penting untuk kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna. Manakala, daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin B iaitu pektin sejenis serabut larut yang dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, terutamanya kolestrol tidak baik jenis LDL.

3. Buah Delima

Kebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus, sirap dan ada juga yang menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak. Jusnya di minum untuk rawatan demam panas, batuk, ulser dalam mulut dan melawaskan pembuangan air besar. Delima mengandungi tanin, asid sitrik (mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dalam kajian keatas haiwan), vitamin C dan asid borik yang mempunyai kesan antiseptik.

4. Betik

Buah ini mengandungi kalium, kalsium, vitamin A, C dan karpain (berupaya melambatkan degupan jantung, menurunkan tekanan darah tinggi, membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil. Air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi.

5. Durian Belanda

Dimakan mentah bila masak, dibuat jus buah atau aiskrim. Ia juga mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C. Fosforus penting untuk metabolisme tenaga, penyerapan nutrien, membentuk tulang dan gigi yang sihat. Manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung. Ia juga amat penting kepada wanita yang putus haid bagi menghalang osteoporosis.

6. Kubis

Dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dengan sayursayuran lain. Disamping itu, ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut, selain daripada mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh. Sayur ini biasanya dimakan mentah, dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri.



 
Chatroom