Home » » Testimoni Gain 5 Dr Rozmey,bantu capai berat badan ideal

Testimoni Gain 5 Dr Rozmey,bantu capai berat badan ideal

Gain 5 bantu capai berat badan ideal

"Akibat tubuh kurus dengan berat hanya 40 kilogram (kg), saya tidak layak menyertai tentera dua tahun lalu," kata Norshuhaida Ahmad, 22, yang beratnya tidak pernah bertambah walaupun pelbagai cara dilakukan termasuk makan banyak.

Akhirnya bapa saudaranya, Azmi Said mencadangkan dia mencuba produk Gain 5 keluaran dR Rozmey Group (dRG) apabila melihat tubuhnya yang terlalu kurus.

"Bapa saudara yang juga pengedar dRG menyarankan saya mengambil Gain 5 untuk menambah selera makan, seterusnya menambah berat badan.

"Dua minggu pertama mencuba, saya melihat hasilnya apabila berat badan naik kepada 48 kg dan terus mengamalkannya sehingga mencapai berat ideal," katanya yang berasal dari Alor Setar, Kedah.

Kini berat badannya 55 kg dan dia tidak lagi mengambil produk berkenaan kerana sudah mendapat berat diinginkan.

Menurutnya, sejak mengambil produk Gain 5, dia mendapati terdapat kesan pada fizikalnya terutama di bahagian peha, pinggul dan pipi yang berisi berbanding kurus dan cengkung sebelum ini.

Walaupun sudah berhenti mengambil produk itu, berat badannya dikekalkan kerana selain menjaga pemakanan, dia turut melakukan senaman untuk kekal sihat dan juga memiliki berat badan sempurna.

Pengguna lain yang berminat mengetahui mengenai produk itu boleh menghubunginya di talian 017-2891680 atau Azmi di talian 019-4716217.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk Gain 5 memberi kesan menakjubkan kepada mereka yang ingin menambahkan berat badan bagi membantu menyelesaikan masalah badan terlalu kurus.

Menurutnya, formulasi berterusan yang dilakukannya dalam menghasilkan produk berkualiti seperti itu mampu memberi impak besar dalam membantu golongan yang berbadan kurus.

Katanya, enam produk utama keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Doc-K, dR101, dRQ10 dan dR-Betes kini sudah berada di pasaran mulai awal bulan ini selepas ketiadaan bekalan sejak hampir tiga bulan lalu akibat permintaan tinggi daripada pengguna.

Malah, bagi meraikan empat tahun produknya berada dalam pasaran, syarikatnya turut melancarkan peraduan beli dan menang bermula 1 Ogos depan dan berakhir pada 31 Januari 2013 dengan tawaran hadiah bernilai RM1.5 juta.

Pada masa sama, beliau mengesyorkan pengguna membeli produk keluaran syarikatnya secara dalam talian daripada pengedar sah atau melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra untuk memastikan produk dibeli adalah asli.

"Pengguna diminta tidak membeli produk di lima lokasi iaitu toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kiosk yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan menggunakan jenama dRG.

"Saya ingin mengingatkan pengguna supaya tidak terkeliru dengan produk tiruan yang dipasarkan golongan tidak bertanggungjawab kerana tidak menjanjikan kesan berikutan diperbuat daripada serbuk tepung semata-mata dan dikhuatiri mempunyai bahan kimia berbahaya.

"Setiap pesanan dihantar kepada pengguna oleh ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah menggunakan perkhidmatan Skynet secara percuma di seluruh negara," katanya.

Dr Che Rozmey berkata, pengguna boleh melayari laman web di www.herbaprima.com.my atau melayari Facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin carian dRG, www.drplaces.com atau menghantar emel di sales@herbaprima.com.my atau drrozmey@gmail.com.

Mereka juga boleh menghubungi talian pejabat di 012-5330319, 012-5330276, 019-4466324, 04-9179746, 04-9178214 dan 04-9172466 atau menghantar faksimili di talian 04-9173645 atau 04-9178566.




 
Chatroom