Home » » Runtun Qalbu Sinopsis, Drama Bersiri Slot Zehra TV3

Runtun Qalbu Sinopsis, Drama Bersiri Slot Zehra TV3

Sinopsis drama bersiri Runtun Qalbu

Runtun Qalbu mengisahkan Qalbu yang mana melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha Sandha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu, penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida Ibrahim).


Itulah minat Qalbu namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu (Shah Iskandar) yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

Runtun Qalbu penuh emosi dan permainan jiwa dalaman yang mana kesemua watak yang dihidupkan punya kekuatan masing-masing. Idayu yang begitu manis dan sopan santun bicaranya pula tidak henti menaruh hati kepada Qalbu namun plot cerita drama ini begitu kemas bermain dengan imaginasi penonton.

Apa yang disangkakan penonton adalah tidak sama sekali dengan apa yang akan dipersembahkan nanti.

Runtun Qalbu yang diterbitkan Excellent Pictures akan mula menemui penonton pada 21 September depan dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.

SENARAI PELAKON DAN PRODUKSI Runtun Qalbu

Kamal Adli sebagai Qalbu

Fasha Sandha sebagai Idayu

Shah Iskandar sebagai Kelabu

Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah

Shukri Yahya sebagai Bon Reen

Rahim sebagai Amy

Kaza sebagai Zaidi

Razak Ahmad sebagai Imam Musa

Rosnah Johari sebagai Rahimah

Juhara Ayob sebagai Hajah Zubaidah

PENGARAH: Ahmad Khalid Ahmad Nadzri

PRODUKSI: Excellent Pictures

PENERBIT: Ahmad Idham

PENULIS SKRIP: Siti Jasmina



 
Chatroom