"Al sahur baraqah atau sahur itu berkat. Malah Rasulullah pernah bersabda, bersahurlah walaupun seteguk air. Ini kerana ia membekalkan keberkatan sepanjang berpuasa," ujar perunding motivasi dan pendakwah, Datuk Mohd Zawawi Yusoh mengenai fadilat Sahur.
Berikut tip daripada Mohd Zawawi mengenai kebaikan bersahur:
* Sahur itu satu persiapan
Sahur memberitahu serta mengingatkan diri mengenai ibadat puasa bakal dilaksanakan. Akal akan mengingatkan fizikal mahupun mental untuk bertahan. Secara tidak langsung kita dapat melalui amalan berpuasa dengan mudah.
* Memudahkan amalan puasa.
Puasa bukan mendera tetapi dengan bersahur, ia membuatkan kita lebih bersedia. Amalan puasa lebih terisi kerana ia bukan bermaksud peperangan lapar.
* Cuma makan awal sedikit.
Perbezaan sahur dan sarapan cuma beberapa jam. Pujuklah diri untuk bangun awal untuk bersahur.