Home » » Puasa dan senaman bantu turunkan berat badan

Puasa dan senaman bantu turunkan berat badan

Puasa turunkan berat badan
Bersenam semasa berpuasa boleh memberi manfaat jika dilakukan dengan selamat. Jika anda ingin bersenam ketika berpuasa lebih daripada sekali seminggu, adalah disarankan melakukan pemeriksaan terlebih dulu dengan doktor.

Puasa dan senaman membantu mengawal serta menurunkan berat badan dan adalah selamat bersenam semasa berpuasa. Ketika ber puasa setiap orang perlu merancang jadual untuk bersenam.

Ia dapat meningkatkan sistem peredaran limfa. Adalah lebih baik melakukan senaman sederhana ringan kerana senaman yang berat boleh menimbulkan masalah tertentu. Berpuasa sebenarnya dapat membersihkan badan daripada toksin. Bagaimanapun, puasa boleh menyebabkan badan kehilangan banyak nutrien penting dan yang memberi manfaat kepada badan.

Atas sebab ini, menjalani senaman ketika berpuasa boleh merosakkan badan jika ia tidak dilakukan dengan betul. Oleh itu, kita perlulah belajar bagaimana melakukan senaman ketika berpuasa, terutama jika rutin harian anda mempunyai program senaman.

Manfaat puasa dan senaman:

* Melapangkan fikiran dan membuatkan berfikir dengan lebih baik.

* Menurunkan berat badan.

* Kelihatan lebih menyegarkan.

* Dapat menghilangkan sebarang keinginan dan keghairahan.

* Perut akan mengecil selepas berpuasa dan mungkin tidak berasa lapar.

* Keyakinan anda meningkat dan akan menghargai diri dengan lebih baik.

Tip senaman

Pilih senaman yang anda sukai.

* Cuba bersenam ketika hampir waktu berbuka.

* Lakukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu. Adalah lebih baik dilakukan selama 30 - 45 minit.

* Cuaca sepatutnya tidak menjadi halangan melaksanakan senaman. Pilih tempat yang tepat. Lakukan secara berkala dan berterusan.

* Jika boleh cuba lakukan beberapa jenis senaman setiap hari. Seperti kombinasi aerobik, regangan dan latihan bebanan.

Panduan

Ketika berpuasa, badan melakukan pemulihan dalaman secara sendirian. Senaman ketika berpuasa dapat mengalihkan tumpuan badan.

* Elakkan daripada mendesak diri anda semasa berpuasa.

* Lakukan senaman ringan atau berimpak rendah seperti berkebun, berjalan atau kerja ringan.

* Senaman secara berlebihan boleh menimbulkan masalah seperti muntah, sakit kepala dan pitam.

* Untuk keseimbangan dan merangsang organ dalaman, cuba lakukan senaman pilates yang mudah.

* Lakukan regangan sambil mengawal pernafasan. Terdapat banyak manfaat daripada pernafasan yang dalam dan secara sedar.

* Kekalkan program senaman yang konsisten sebelum berbuka puasa. Ia membantu penyerapan khasiat dengan lebih berkesan.

* Semasa berbuka puasa jangan makan semua makanan yang anda inginkan secara berlebihan. Ia membuatkan usaha untuk bergaya di hari raya menjadi sia-sia.



 
Chatroom