Home » » Tip membeli kasut yang betul

Tip membeli kasut yang betul

Kasut yang menarik bukan sahaja cantik dipandang mata kerana reka bentuk yang ditambah dengan kepelbagaian aksesori tetapi juga menitik beratkan keselesaan semasa memakainya. Namun apabila memperkatakan tentang kasut, lelaki atau wanita hanya menyatakan mengenai gaya, penampilan dan fesyen termasuk warna, dua faktor utama iaitu kesesuaian dan keselesaan sering diabaikan.

Kebanyakan kasut di pasaran, didatangkan dalam bentuk yang sama iaitu sederhana. Sedangkan separuh daripada lelaki dan wanita mempunyai kaki yang lebar dan memerlukan ruang kasut yang lebih lebar.

Bagaimana pun kumpulan ini sering membeli kasut yang terlalu panjang bagi mendapatkan lebar yang lebih tepat.

Kumpulan wanita atau lelaki yang mempunyai kaki kecil pula sering membeli kasut yang lebih pendek.

Tip membeli kasut yang betul

* Cuba kasut apabila kaki anda tidak bengkak atau sakit.

* Kedua-dua kaki mesti

diukur.

* Beli kasut yang sesuai dengan kaki anda yang lebih besar. Jarang terdapat kedua-dua kaki yang sama bentuk dan saiz. Lebih baik letak pada kasut yang mempunyai ruang lebihan daripada memakai kasut terlalu ketat yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan.

* Jangan beli kasut mengikut saiz, tetapi mengikut kesesuaian dan keselesaan.

* Kesesuaian dan keselesaan berubah daripada semasa ke semasa dari bentuk ke bentuk yang lain.


Tip ukuran kaki

Sesuaikan bahagian kaki yang paling lebar dengan bahagian kasut yang paling lebar.

* Bebola kaki di kedudukan yang betul

* Bahagian kaki paling lebar di bahagian kasut paling lebar.

* Elakkan jari-jari terlalu sendat di dalam kasut dan pastikan banyak ruang.

* Berat kaki sama rata sesuai dengan reka bentuk.



 
Chatroom