Home » » Program realiti agama Da’i – Pendakwah Milenia

Program realiti agama Da’i – Pendakwah Milenia

Dai – Pendakwah Milenia





Program realiti agama ‘Da’i – Pendakwah Milenia’ bakal mengetengahkan golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah.

Tugas seorang pendakwah adalah menyampaikan kebenaran Islam dengan cara yang paling sesuai agar penonton boleh menerima dengan penuh kesedaran. Para peserta Da’i perlu berdakwah secara berhikmah dengan penuh kesederhanaan terhadap pendidik, orang yang dididik dan bersikap rendah diri kepada seluruh orang yang beriman supaya menunjukkan penghormatan kita kepada Rasullah SAW dan kebenaran Al-Quran.

Program Da’i bakal bersiaran sebanyak 13 episod dan antara tugasan dan cabaran yang bakal dihadapi finalis adalah seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama, sehari bersama saudara baru dan banyak lagi yang pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah masing-masing. Antara 12 finalis yang terpilih, hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara ‘Pendakwah Milenia’ dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50, 000.

Da’i juga menampilkan bekas pemenang program musim pertama “Malaysian’s Top Host” yang juga merupakan hos dua program majalah dokumentari popular TV3, NONA dan Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Menariknya, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang akan mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Musim pertama Da’i menampilkan tenaga kerja Primeworks Studios yang diterajui oleh Mohd Naim Niamat selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit yang turut dibantu penolong penerbit Ustaz Halim Sulaiman. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.



 
Chatroom