Diet serat untuk kuruskan badan
Mengapa serat penting dalam diet kita? Namun, sebelum itu apakah sebenarnya serat? Serat adalah bahagian tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan kita.
Sumber serat memang mudah didapati daripada makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti gandum, bijiran, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Terdapat dua jenis serat iaitu serat larut dan serat tidak larut.
Serat larut mudah melarut dalam air dan mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya dapat merendahkan tahap gula dan kolesterol dalam darah.
Sumber serat jenis ini banyak terdapat dalam makanan seperti oat, epal, oren, kacang dal, kacang, biji flax, timun, batang saderi dan lobak merah.
Serat tidak larut adalah yang tidak mudah melarut dalam air. Serat jenis ini mudah menyerap air dan menambahkan saiznya. Senario ini akan membuatkan perut kita menjadi mudah kenyang dan berasa penuh.
Sumber serat jenis ini terdapat dalam makanan seperti gandum penuh, bijiran, beras perang, tomato, zucchini, sayuran berdaun, bawang besar dan brokoli.
Pada zaman sekarang ini kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada amalan pengambilan makanan yang secara tidak sihat.
Kehidupan yang sibuk juga kadang-kadang kita mengambil makanan yang berlebihan tanpa memikirkan kesan jangkamasa yang panjang ditambah pula lagi tiada masa untuk bersenam bagi membakar kalori yang terkumpul dalam badan.
Tahukah anda bahawa makanan yang kaya serat dapat membantu mengurangkan berat badan.
Bagi mereka yang mahu menguruskan badan dengan mengambil serat dalam diet ia dapat membuatkan kita berasa kenyang tanpa mengambil makanan yang lebih kalori.
Kesan mengambil serat akan membuatkan kita lambat berasa lapar. Serat mengandungi lemak yang rendah yang sememangnya bagus diamalkan.
Serat dapat mengelakkan daripada penyakit sembelit kerana serat dapat bertindak sebagai span dalam menyerap air di usus yang dapat melancarkan proses penghadaman dan perkhumuhan.
Ini juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser usus kerana makanan berserat mengandungi phitochemical yang berfungsi dapat menyingkir bakteria jahat, toksin dan radikal bebas dalam badan dan usus.
Akhir sekali serat memang terbukti dapat memabantu menyerap kolesterol maka ia dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular.
~ Utusan