Adakah anda mengalami masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, perut buncit, gout dan kencing manis? Ini mungkin berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan dalam pemakanan kita tanpa sedari.
Fruktosa sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan dan juga tebu. Fruktosa yang dimakan dalam buah-buahan tidaklah berisiko tinggi kepada kesihatan kerana diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik lebih rendah. Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kandungan fruktosa lebih tinggi, tetapi kandungan seratnya rendah seperti rambutan, anggur, durian dan sebagainya. Buah-buahan yang mempunyai serat lebih tinggi dan fruktosa lebih rendah seperti buah jambu batu, epal, pear, mangga muda dan lain-lain lagi.
Industri pemakanan menggunakan fruktosa yang banyak dalam hampir semua makanan proses yang manis. Fruktosa digunakan dalam pelbagai makanan di pasaran sekarang iaitu gula pasir dan maltodekstrin. Ia selalu diambil secara berlebihan tanpa kita sedari kerana diletakkan dalam kebanyakan makanan dan minuman proses yang dijual sekarang. Cuba kita baca pada label pada bungkusan pelbagai jenis makanan dan minuman proses, sudah pasti kita akan berjumpa dengan istilah maltodekstrin atau 'high fructose corn syrup' atau 'fructose' saja.
Gula pasir yang diproses daripada tebu mempunyai nisbah glucosa dan fruktosa yang sama banyak iaitu 50 peratus. Untuk maltodekstrin nisbah fruktosanya 60 peratus dan glukosanya 40 peratus. Disebabkan kandungan fruktosa yang lebih ini, maka maltodekstrin 1.5 kali lebih manis daripada gula pasir, oleh kerana itu ia banyak digunakan dalam pelbagai jenis makanan atau minuman sebagai pemanis.
Kita makan atau minum atas dasar ambil mudah maksudnya apa yang senang kita peroleh dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman berkenaan. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman daripada jenis ini, maka kita akan mengambil fruktosa secara berebihan tanpa kita sedari.
Naik 100 peratus
Di Amerika Syarikat (AS) berlaku peningkatan sehingga 100 peratus daripada 1970 hingga 1990 penggunaan maltodekstrin dalam makanan. Di Malaysia tidak kurang impaknya sejak negara kita semakin maju dan semakin ramai rakyat kita yang kaya dan lebih ramai suri rumah yang bekerja.
Kajian menunjukkan pengambilan fruktosa berlebihan punca kepada masalah berat badan berlebihan, perut buncit, rintangan insulin, kolesterol tinggi dan darah tinggi yang secara kolektifnya dipanggil sebagai sindrom metabolik atau sindrom X. Sindrom metabolik ini meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 20 peratus lebih tinggi dari populasi biasa.
Pemakanan yang tinggi dengan fruktosa akan menyebabkan selera bertambah dan menjadi punca kepada masalah obesiti dan berlebihan berat badan.
Masalah darah tinggi boleh disebabkan pengambilan fruktosa berlebihan. Dalam satu laporan kajian yang diterbitkan jurnal perubatan 'Hypertension' pada 2011 menunjukkan pengambilan secara berlebihan fruktosa dalam tempoh dua minggu saja meningkatkan tekanan darah tinggi tujuh mata untuk sistolik dan lima mata untuk diastolik.
Kajian juga mendapati sekali pengambilan minuman ringan yang kaya dengan fruktosa akan meningkatkan tekanan darah sebanyak 1.6 mata sistolik dan 0.8 mata diastolik. Fakta ini jelas menunjukkan kesan keburukan fruktosa kepada tekanan darah seseorang lebih teruk daripada pengambilan garam. Masalahnya kebanyakan kita tidak menyedari fakta ini dan lebih takutkan garam dalam makanan.
Dr Robert Lustig, seorang pakar metabolisme dari University of California menggelarkan fruktosa sebagai 'toksin manis' kerana fruktosa berlebihan mengakibatkan masalah hati berlemak, selera bertambah, meningkatnya proses 'glycation' yang menghasilkan AGE (advance glycation end product).
Kajian mendapati punca kepada masalah hati berlemak atau Non Alcoholic Fatty Liver Disease adalah pengambilan fruktosa yang berlebihan. Ini kerana hati menukarkan fruktosa kepada lemak dengan cepat dan ia akan berkumpul di samping itu berlaku juga peningkatan paras kolesterol LDL yang berbahaya kepada kesihatan jantung.
Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah sakit sendi gout. Kajian menunjukkan, fruktosa akan mengganggu enzim 'xanthine oxidase' dalam hati yang menyebabkan berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang akan menyebabkan masalah sakit sendi gout.
Lindungi kesan fruktosa
Satu kajian yang dilaporkan dalam 'American Journal of Clinical Nutrition' pada 2004, menunjukkan pengambilan fruktosa dalam makanan dan minuman di antara punca kepada merebaknya masalah obesiti di AS.
Menurut satu laporan pada 2008, masyarakat di AS mengambil sehingga 10 peratus fruktosa dalam pemakanan mereka setiap hari. Fakta ini seiring masalah pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung yang juga meningkat. Boleh dikatakan pemakanan yang tinggi fruktosa di antara punca peningkatan penyakit ini.
Di Malaysia masalah yang serupa sedang berlaku dan pola penyakit yang sama juga meningkat sekarang. Sumber fruktosa yang utama di Malaysia adalah gula pasir dan maltodekstrin dalam makanan dan minuman.
Terdapat kajian yang menunjukkan terdapat beberapa jenis makanan yang boleh melindungi seseorang daripada kesan fruktosa ini. Antara makanan atau suplemen ini halia, teh hijau, spirulina, vitamin B6, ekstrak kopi dan pelbagai jenis antioksidan seperti 'anthocyanins' (buah berri), 'quercetin' (oren, epal), 'resveratrol' (anggur) dan 'astraxanthin' (udang, dan salmon).
Jika kita selalu mengamalkan suplemen ini maka kesan sindrom metabolik akibat lebihan fruktosa ini boleh dikurangkan. Pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan yang rendah fruktosa digalakkan untuk kesihatan yang lebih baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit yang dinyatakan di atas.
Oleh Dr Norman Mohd Norawi
Penulis Pengamal Perubatan Am, Pengkhususan Aestetik, Antipenuaan dan Perubatan Regenaratif