Home » » » Kentang goreng garing berisiko dapat kanser

Kentang goreng garing berisiko dapat kanser

Kentang goreng garing berisiko dapat kanser

Kentang goreng yang dimasak garing sememangnya enak. Namun, di sebalik kerangupannya, tersembunyi kandungan berbahaya berupa akrilamid.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengingatkan bahawa akrilamid berisiko mengakibatkan kanser.

Akrilamid dihasilkan oleh makanan seperti kentang, bijirin, dan roti yang digoreng atau dipanggang pada suhu tinggi dalam waktu yang lama.

Justeru, pengguna disarankan supaya memilih cara masakan dengan merebus atau mengurangkan tempoh memanggang.

Sementara itu, penyimpanan kentang di dalam peti sejuk juga dikatakan boleh meningkatkan jumlah akrilamid ketika makanan tersebut dimasak.

Sebaik-baiknya kentang disimpan di luar sahaja iaitu pada suhu bilik.



 
Chatroom