Home » » Nasihat Untuk Lelaki Bagi Menguruskan Badan

Nasihat Untuk Lelaki Bagi Menguruskan Badan

Nasihat Untuk Lelaki Bagi Menguruskan Badan

Salah makan dan cara hidup seharian memang boleh membuatkan seseorang lelaki menjadi buncit dan jauh sekali nak memiliki ketul-ketul di bahagian perut. Tapi kalau diamati dengan betul, tak susah untuk memilikinya jika patuh dan disiplin.

Peraturan pertama kalau mengikut mana-mana laporan dan artikel untuk memiliki susuk tubuh hebat berketul-ketul adalah `makan seperti raja pada sebelah pagi, makan seakan putera sewaktu tengahari dan makan bagai pengemis pada waktu petang.

Pelik dan zalim mendengarnya tapi itulah realiti yang harus kita ikut sebagaimana cadangan daripada semua pakar kesihatan dan pemakanan khusus buat lelaki yang mengimpikan susuk tubuh seksi yang menjadi kegilaan gadis.

Ambil enam hidangan kecil untuk menjaga kestabilan tahap gula dan minum tiga hingga empat liter air selain 150 gram protein setiap hari daripada daging merah kurang lemak, ikan, ayam, telur, susu atau tauhu.

Kuruskan

Itu adalah antara syarat lain untuk menjaga diet kerana badan anda menggunakan 20 hingga 30 peratus untuk hadam protein untuk keperluan karboh idrat. Jangan menahan lapar lebih dari tiga jam kerana badan akan menekan kapasiti untuk membakar kalori.

Paling penting perlu diketahui bagi semua lelaki, elak mengambil makanan ringan setelah jam 11 malam.

Apa pula jenis pemakanan yang harus kita ambil bagi memastikan perut yang berlebih itu menjadi kempis dan menggiurkan?

Ambil lima hidangan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Pilih makanan tinggi karbohidrat sebagai sarapan seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur (scrambled egg) bersama roti gandum bakar.

Jika anda mahu makanan ringan sekalipun, kekacang, buahan kering dan bijiran adalah pilihan tepat. Ambil lemak sihat setiap minggu seperti minyak ikan, kacang campuran dan bijiran. Antara sayuran hijau yang terbaik di dalam menu anda pula adalah brokoli, kale, bayam, kacang hijau dan kubis.

Untuk memberi kesan pembentukan otot dengan lebih cepat, ambil minuman berprotein sejam sebelum dan selepas melakukan latihan. Pilih daging kurang lemak, beras pera ng, roti gandum, oat, kacang dan roti rai.

Selain makanan, jangan lupa mengambil cecair saat membina `abdomen six pack' kerana ia boleh mendatangkan perbezaan yang ketara juga. Teh hijau mempunyai banyak kesan terhadap kesi hatan.

Mengambil dua atau tiga cawan sehari akan meningkatkan bendalir dan mengelakkan perut anda buncit. Buah-buahan sitrus seperti oren, limau, lemon dan limau nipis membantu menyingkirkan lemak secara perl ahan.

Peringatan pula jenis makanan yang perlu kita jauhi adalah dengan mengelakkan terlalu banyak menggunakan sos berperisa di dalam hidangan anda. Kebanyakan sos yang berperisa mengandungi bahan perasa tambahan yang tinggi garam dan perasa tiruan.

Untuk menggantikan sos ini, guna minyak zaitun, minyak bijan, jus lemon, cuka atau sos soya kurang masin untuk memberi kelazatan hidangan anda. Jika anda memang penggemar minuman bergas, tidak ada salahnya.

Pembentukan otot tidaklah sekejam yang anda sangkakan. Apa yang perlu dielak adalah mengambil minuman tinggi gula dan bergas ini pada lewat malam.

Makanan ringan seperti keropok, coklat, jem dan pemanis mulut perlu dielakkan kerana ia kategori makanan yang boleh mendatangkan ketagihan buat anda. Elak juga makanan bergoreng, pasta putih, nasi putih dan roti putih.

Kebanyakan tepung yang digunakan adalah tepung yang sudah dilunturkan sehingga berwarna putih. Jau hi minuman segera yang manis seper ti minuman `3 dalam 1' dan elak juga mengambil karbohidrat pada sebelah petang.

Apapu n segala syarat dan peraturan ini haruslah anda ikuti dengan disiplin. Jangan hanya melepaskan batuk di tangga kemudian sibuk mengomel kepada perut makin ke depan dan tiada gadis datang melekat kerana sikap anda sendiri yang memilih untuk jadi begitu.

Ubah hari ini juga, selamat mencuba!

Oleh Murshid Eunos
~ Petikan Harian Metro



 
Chatroom