Home » » Bersenam dengan penuh semangat

Bersenam dengan penuh semangat

Bersenam dengan penuh semangat

Ketika sampai waktu untuk bersenam, setiap daripada kita akan menentukan apa yang boleh atau tidak boleh lakukan.

Ada individu mengikut prinsip jika melakukan senaman berintensiti tinggi, memberikan kebaikan walaupun sakit dan lenguh. Ini adalah mitos dan jauh daripada kebenaran.

Beberapa dekad lalu, berlaku anjakan bersama cadangan senaman bersesuaian. Pakar mula menyedari mengenai manfaat senaman `sederhana intensiti'.

Oleh itu sebelum anda pergi bersenam dan memecahkan lemak untuk menjalani senaman agresif, cuba bersenam dengan kadar sederhana.

Kesederhanaan ketika bersenam membolehkan anda menghayati dan melakukannya dengan penuh semangat. Nikmati pengalaman bersenam yang hebat pastinya anda mengulanginya semula.

Senaman

Jangan keterlaluan

Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk mengukur intensiti aktiviti senaman. Semuanya memberi beberapa petunjuk tahap kekerasan badan untuk meneruskan senaman. Terdapat beberapa garis panduan mudah bertujuan menentukan kadar pemantauan intensiti senaman.

Tanpa memerlukan ujian yang mahal dan canggih, anda perlu mendapatkan keupayaan mengawal kadar denyutan jantung dan berpeluh. Pada masa itu anda mampu berbual walaupun mengalami kesukaran.

Seterusnya ketika anda sedang bersenam, cuba bercakap secara berterusan dan kuat selama 20 saat, walaupun sukar untuk anda berbuat demikian.

Jika anda boleh melakukan keadaan itu, walaupun dalam keadaan tidak sukar dan tidak tercungap-cungap antara udara dengan perkataan, ini bermakna anda bersenam pada intensiti yang sesuai.

Satu lagi cara mengukur tahap aktiviti, dengan menganggarkan usaha pada skala 0 sehingga 10, berdasarkan persepsi usaha anda. Tahap aktiviti di antara empat dan enam lazimnya akan diterima sebagai aktiviti sederhana intensiti.

Pilihan tanpa had

Terdapat beberapa halangan pada setiap aktiviti yang boleh anda lakukan pada intensiti sederhana. Senaman selama 30 minit sehari mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Jika anda ingin menurunkan berat badan atau mendapat manfaat tambahan dan untuk meningkatkan tahap kesihatan, anda perlu bersenam untuk tempoh lebih lama dan pada tahap lebih tinggi.

Berjalan pantas adalah pilihan paling popular kerana mudah dilakukan. Secara umumnya, kadar peratusa n kecederaa n ketika berjalan pantas adalah rendah. Aktiviti ini tidak memerlukan kemahiran khas atau peralatan canggih. Kegiatan menyeronokkan ini mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja pada setiap peringkat umur.

Jangan lupa perkara yang anda mampu lakukan setiap hari. Berkebun menyediakan peluang meningkatkan kekuatan otot. Membasuh dan menggilat kereta atau membersihkan permaidani menggunakan penyedut hampagas memberi faedah kepada otot.

Satu aspek menarik aktiviti sederhana seperti ini adalah jumlah senaman yang anda perlu untuk mendapat faedah daripadanya boleh disesuaikan mengikut tempoh, keamatan dan kekerapan senaman.

Sekarang anda tahu aktiviti fizikal bermanfaat tidak terlalu berat untuk dilakukan. Sudah tiba masanya untuk anda memulakannya sekarang, bagi memastikan anda kekal aktif. Pilih aktiviti yang dapat dinikmati dengan mudah dan menjadi sebahagian rutin hidup.

Jangan bertangguh

Mulakan secara perlahan-lahan, beri sedikit masa kepada badan menyesuaikan diri dan bersenam mengikut intensiti yang diperlukan.

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik atau berisiko tinggi (contohnya penyakit jantung, kencing manis dan obesiti) berundinglah dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang aktiviti.

Oleh Mohd Hoesni Rahmat
~ BH



 
Chatroom