Kajian: Daya tumpuan berkurangan dengan penggunaan gajet pintar
Satu penyelidikan terbaharu mendapati, daya tumpuan orang ramai semakin berkurangan dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, komputer tablet dan komputer riba.
Kajian itu mendapati, secara purata seseorang beralih perhatian sebanyak 21 kali antara peralatan elektronik dalam tempoh sejam.
Tinjauan oleh penyelidik iklan itu memantau kelakuan 200 penduduk Britain atas talian untuk melihat tempoh masa yang digunakan mereka pada satu gajet sebelum beralih ke peralatan elektronik lain.
Kaedah digunakan penyelidik itu turut disokong laman web jaringan sosial seperti Facebook dan Google yang mahu melihat keberkesanan iklan atas talian mereka.
Laman web itu cuba memantau pengguna gajet untuk membuktikan iklan pada waktu makan tengah hari menggalakkan pembelian di komputer riba mereka.
Bagaimanapun, kajian dijalankan sebuah syarikat pengiklan, OMD, mendedahkan jumlah orang yang menggunakan beberapa gajet secara serentak meningkat sebanyak 500 peratus dalam tempoh tiga tahun.
Pada September lalu, satu kajian mendedahkan 90 peratus pengguna beralih antara gajet untuk melakukan tugas-tugas mudah.
Kajian sama turut mendapati, sebanyak 77 peratus pengguna memilih untuk melayari Internet menggunakan telefon bimbit walaupun mempunyai akses mudah kepada komputer.
Google menyifatkan fenomena itu sebagai 'sambungan berterusan' dan menyambut baik keadaan tersebut sebagai satu cara pemasaran berkesan. - AGENSI