Home » » Rahsia yee sang - makanan wajib Tahun Baharu Cina

Rahsia yee sang - makanan wajib Tahun Baharu Cina

Rahsia Yee Sang - makanan wajib Tahun Baru Cina

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.

Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.

Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan €˜sang€™ pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup.
Yee Sang

Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang .

Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat.

Yee Sang

Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan ‘lou hei’. Dalam konteks ini, perkataan ‘lou’ bermaksud menggaul manakala ‘hei’ pula ialah naik.

Semakin tinggi yee sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan ‘lou hei’ dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.

Resepi Yee Sang

Bahan:

Sedikit timun, betik, seleri yang telah dijerukkan

Sedikit halia jeruk merah dan putih

Sedikit keladi rangup dan daun bawang

Rumpai laut merah dan putih

50 gram obor-obor

sedikit asam mandarin kering

sedikit daun sup, daun limau kasturi, lobak putih, lobak merah

50 gram tobiko

100 gram uni

Perasa:

150 ml sos pelam

30 ml cuka lemon

30 ml cuka buah

30 ml minyak zaitun

100 gram kacang

50 gram bijan goreng

100 gram kepingan badam

1/2 sudu teh serbuk lada putih

1/2 sudu teh serbuk rempah gabungan

2 peket keropok yee sang

Penyediaan:

1 Susun semua bahan dalam pinggan besar. Lobak putih dan merah yang diparut diletakkan di bahagian tengah.

2 Perah jus lemon pada tobiko dan uni.

3 Gaulkan kesemua bahan segar dan perasa.

4 Sedia dihidangkan.



 
Chatroom