Keistimewaan surah al-Fatihah
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani". (surah al-Fatihah, ayat 1) Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat dan ia salah satu daripada surah Makkiyyah yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Perbincangan surah al-Fatihah menyentuh dasar akidah, kefahaman Islam dan perasaan serta tawajjuh kepada Allah SWT.
Itu juga yang membayangkan sebahagian hikmah mengapa surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang bacaannya dalam setiap rakaat solat dan solat batal jika tidak membaca surah al-Fatihah.
Sabda Rasulullah SAW: "Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah". (Riwayat Bukhari) Surah al-Fatihah juga dikenali sebagai surah As-Sab'u Al-'Almathani atau yang mempunyai tujuh ayat dibaca dan diulang-ulang bacaannya dalam solat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya". (Surah al-Hijr, ayat 87)
Ummu Al-Kitab
Selain itu, terdapat pelbagai nama untuk surah al-Fatihah dan paling terkenal ialah Ummu Al-Kitab (ibu segala kitab) dan Ummu al-Quran (ibu segala al-Quran) kerana ia mempunyai inti sari al-Quran seperti memuji dan menyembah Allah serta menerangkan janji pahala serta ancaman seksaan-Nya.
Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai kedudukan basmalah adakah satu ayat dalam setiap surah atau ayat al-Quran yang dimulakan dengannya ketika membaca setiap surah, pendapat terkuat ialah basmalah satu ayat dalam surah al-Fatihah dan dengannya dikirakan tujuh ayat.
Memulakan sesuatu dengan nama Allah SWT adalah adab yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasul-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)." (Surah al-Alaq, ayat 1)
Allah SWT memulakan al-Quran dengan basmalah sebagai petunjuk dan peringatan kepada hamba-Nya untuk memulakan setiap pekerjaan membaca basmalah. Sabda Rasulullah SAW: "Setiap perbuatan baik dan penting yang tidak dimulai dengan menyebut nama Allah SWT pasti dia akan terputus". (Riwayat Abu Daud)
Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi ketika menghuraikan makna di sebalik basmalah menyatakan, setiap sesuatu di alam ini semuanya dengan nama Allah, ia menjadi sempurna, terjadi dengan keizinan Allah SWT.
Memang benar kehidupan di alam ini ditentukan dengan asbab musabbab, tetapi hakikatnya kehendak Allah SWT mengatasi segala-galanya, ketika anda memulakan sesuatu dengan nama Allah ia seakan-akan anda menjadikan Allah di sebelah untuk membantu.
Jelasnya, menyebut nama Allah SWT adalah sesuatu yang disyariatkan dan diperintahkan. Oleh itu, hendaklah mengagungkan nama-Nya bersama ucapan mengandungi pujian kesyukuran dan meminta pertolongan kepada-Nya supaya perbuatan dilakukan mempunyai nilai menurut pandangan agama.
Huraian Sheikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi
Sheikh Ahmad Mustafa Al-Maraghi menghuraikan dalam tafsirnya, Allah adalah nama khusus bagi zat yang berhak disembah dengan sebenarnya. Oleh itu, ia tidak digunakan untuk selain daripada-Nya.
Pada suatu ketika dulu apabila orang Arab Jahiliah ditanya siapakah pencipta langit dan bumi? Mereka akan menjawab Allah SWT, manakala jika ditanya apakah Lata dan Uzza boleh menciptakan sesuatu, lalu mereka menjawab tidak.
Allah SWT menyifatkan diri-Nya di permulaan surah dengan sifat Ar-Rahman iaitu Maha Pemurah dan Ar-Rahim iaitu Maha Mengasihani. Ia dua sifat yang mencakupi segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas.
Kedua-dua kalimah ini berasal daripada kalimah al-Rahmah yang bererti sifat yang ada pada jiwa, oleh itu ia mendorong orang mempunyai sifat itu untuk berbuat kebaikan kepada orang lain. Apabila kalimah itu dihubungkan dengan Allah SWT sudah pasti yang dimaksudkan ialah perbuatan ditimbulkan sifat itu iaitu berbuat kebaikan.
Manakala kalimah Ar-Rahman di belakang kalimah Ar-Rahim adalah untuk menerangkan Allah SWT itu sentiasa melimpahkan rahmat kepada hamba-Nya lantaran sifat rahmat yang sentiasa kekal di sisi-Nya.
Surah al-Fatihah sangat istimewa untuk umat Islam jika kita memahami dan menghayatinya dalam kehidupan. Ia diperjelaskan dengan baik oleh Al-Imam As-Syahid Hasan al-Banna dalam risalahnya `Mukadimah fi at-Tafsir', tiada syak lagi sesiapa memahami dan menghayati al-Fatihah yang mulia ini pasti akan dapat melihat kekayaan makna, keindahannya dan keserasiannya serta dilimpahkan cahaya pada hatinya.
Oleh Ahmad Shukri Yussof
* Penulis ialah Perunding Motivasi Islam Fitrah Power Resources
Pandangan ulama
"Berkaitan keluasan, kesyumulan al-Quran Al-Quran itu terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu al-Tauhid (akidah), al-Tazkir (peringatan) dan al-Ahkam (hukum hakam) Al-Tauhid itu berkisar mengenai pengetahuan berkaitan makhluk dan pengetahuan mengenai Allah SWT dari sudut nama-Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya"
Al-Imam al-Zarkashi
"Ilmu al-Quran itu mengandungi lebih daripada 50,400,7000 atau 70,000 ilmu yang terkandung menurut bilangan kalimah al-Quran. Kemudian ia terpecah pula kepada beberapa bahagian. Ia bermaksud, pada setiap kalimah itu mengandungi rahsia-rahsia ilmu Allah SWT. Ia hanya diketahui oleh Allah SWT dan itulah di antara tanda kehebatan al-Quran itu sendiri"
Al-Imam al-Qadhi Abu Bakar bin Al-'Arabi
"Sekiranya setiap kalimah al-Quran dalam keadaan zahir (tersurat) dan batin (tersirat), bergabung dan terputus-putus, maka penggabungan itu adalah secara mutlak dan bukan secara iktibar. Apa yang di antara susunan kalimah al-Quran, ia hanya diketahui oleh Allah SWT"
Al-Imam Badruddin Muhammad bin Abdillah al-Zarkashi