Senaman mudah untuk mengekal kesihatan
Senaman berterusan penting dan perlu dilaksanakan secara berterusan. Persoalannya di sini, adakah anda mempunyai masa untuk melakukannya? Tanpa kita terfikir bahawa senaman boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Sebagai contoh ketika anda sedang duduk menonton televisyen, boleh dilakukan aktiviti regangan otot. Regangkan otot pada titik ketegangan ringan dan tahan regangan selama 15 hingga 30 saat.
Program senaman yang baik perlu dilengkapi dengan tiga kategori pergerakan, iaitu aerobik, kekuatan dan fleksibiliti. Anda boleh memulakan program senaman tanpa perlu melabur sebarang kelengkapan kecergasan yang rumit.
Sebagai contoh anda boleh melakukan senaman bebanan yang mudah seperti bangun tubi dan tekan tubi di meja rumah atau di tempat kerja.
Untuk latihan kekuatan asas, peralatan mengangkat berat yang mahal tidak diperlukan. Sebaliknya, menggunakan peralatan di dapur seperti tin makanan atau bekas botol berisi air.
Aerobik mudah
Aerobik ini boleh ditakrifkan sebagai bentuk pergerakan secara berterusan membabitkan kumpulan otot besar. Pergerakan ini bermaksud melakukan sesuatu yang membuat anda bergerak .
Sebaik-baiknya lakukan berterusan selama 30 minit. Jika anda tidak mempunyai masa sebanyak itu, bahagikan kepada tiga sesi selama 10 minit. Pergerakan berterusan memberi manfaat yang sama.
Perkara yang bagus mengenai aktiviti ini termasuklah sukan yang mungkin sudah anda minati. Berjalan kaki, berbasikal, menari, berenang dan juga bermain badminton antara contoh senaman aerobik.
Satu lagi perkara baik anda boleh buat dengan mudah untuk mendapat ketiga-tiga 10 minit sesi adalah dengan menaiki tangga daripada lif, berjalan di sekitar kejiranan selepas kerja atau meletakkan kereta anda jauh dari destinasi anda.
Anda boleh menjadikan rutin membeli-belah sebagai sebahagian aktiviti aerobik. Aktiviti ini membabitkan aktiviti berjalan. Jika anda berjalan selama 10 minit secara berterusan, pastinya anda dapat menyelesaikan satu daripada tiga sesi harian berkenaan.
Senaman aerobik memang baik untuk kesihatan dan kecergasan kardiovaskular. Fakta sampingan ini membuatkan anda menggemari aktiviti berkenaan. Aerobik membantu anda menurunkan berat badan.
Senaman sekitar rumah
Apabila melakukan kerja di luar mahupun di dalam rumah, anda sebenarnya membantu diri bersenam secara tidak langsung. Ada posisi yang membabitkan regangan dan angkatan, juga sebahagian daripada senaman yang baik.
Apabila bekerja di luar rumah, badan anda menggunakan kumpulan otot yang banyak, terutama aktiviti seperti menanam dan bekerja di laman mini rumah.
Pergerakan membersihkan kawasan memberi peluang anda melakukan otot lengan dan belakang. Kerja menggali juga berkesan kepada lengan dan kaki.
Berkebun memberi bonus untuk pergerakan lebih agresif, selain menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar untuk diet seharian anda.
Bebas pilih waktu
Pilihan waktu bersenam di tangan anda. Pilih waktu pagi, petang atau malam. Pilihan waktu ketika rehat makan tengah hari juga sesuai untuk bersenam. Gunakan waktu rehat anda di tempat kerja dengan berjalanjalan di sekitar pejabat. Amalan itu dapat menghilangkan tekanan bekerja.
Pastikan anda mengekalkan masa yang dipilih bagi mewujudkan rutin yang membantu anda patuh kepada program senaman. Bagi sesetengah individu, mereka lebih mudah mengekalkan aktiviti senaman sama ada dengan melakukan bersama rakan atau pasangan.
Senaman adalah amalan terbaik mengekalkan kesihatan. Kesempurnaan fizikal membantu pembentukan mental yang sihat. Mulakan sekarang. Perlu diingatkan bahawa, jika anda seorang lelaki berusia lebih 45 tahun atau wanita berusia 55 tahun dan ke atas, wajar bagi anda mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman.
Oleh Mohd Hoesni Rahmat
~ BH