Kenali ubat anda
Sebagai pesakit yang menerima rawatan, anda berhak mendapat maklumat jelas mengenai arahan pengambilan ubat, kekerapan dan dos penggunaan, kegunaan, kesan sampingan dan yang paling utama kandungannya.
Jika tersilap ambil akan membawa pelbagai kemudaratan seperti mengantuk, demam, batuk tidak surut, mata berair, bengkak, rasa tidak tentu arah dan boleh menyebabkan kecacatan kekal.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan konsep pek saiz pesakit sejak 1 September 2008 di mana bungkusan ubat yang dijual sudah siap sedia untuk diberikan atau dibekalkan kepada pelanggan/pesakit tanpa perlu membungkusnya semula dengan kuantiti tertentu untuk sesuatu rawatan.
Konsep ini menyekat klinik atau farmasi daripada membeli bekalan ubat dengan bungkusan yang besar dengan kandungan yang banyak dan kemudian membungkusnya semula ke dalam bungkusan-bungkusan yang lebih kecil. Ia bertujuan bagi memelihara ketulenan dan integriti sesuatu ubat.
Konsep ini juga membantu mencegah pendedahan dan pencemaran yang tidak sepatutnya ke atas dan amalan mencampurkan 2 atau 3 jenis krim menjadi satu serta memastikan kestabilan kandungan kimianya.
Perlaksanaan konsep ini juga membolehkan pengguna mengetahui dan mengenalpasti cara-cara pengambilan serta keperluan pengambilannya selain membolehkan pengguna mengenali ubat tersebut dengan mengetahui kandungannya, kekuatan ubat tersebut, nama ubat, jenama serta syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.
Pek asal ada menyediakan arahan dan maklumat lengkap mengenai ubat di mana ia turut disertakan dengan nombor kelompok bagi ubat tersebut dan tarikh luputnya bertujuan mengelakkan ubat berkenaan bercampur-aduk atau tercemar semasa proses pembungkusan semula atau semasa pemberian ubat kepada pesakit.
STATUS HALAL UBAT
Bagi yang beragama Islam, mereka tentu tertanya-tanya status halal ubat yang diberikan kepada mereka dan juga membawa kepada persoalan jika ubat yang tidak halal digunakan, adakah mereka menggunakan dalam keadaan darurat sehingga melayakkan mereka mendapat kemaafan daripada Allah SWT?
Umat Islam di Malaysia beruntung kerana terdapat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat awam dan kerajaan yang memantau dan sentiasa sensitif terhadap keselamatan setiap individu muslim dan juga memikul tanggungjawab mengelakkan diri daripada perkara yang diharamkan Islam.
Walaupun begitu, untuk beragama Islam, pengecualian diberikan kepada kita untuk menggunakan perkara yang tidak halal untuk menjaga kemaslahatan agama, jiwa dan akal.
Penggunaan ubat yang mempunyai sumber haram adalah diharuskan dengan syarat yang amat ketat iaitu ketika darurat. Mengikut tafsiran ulama, darurat adalah keadaan apabila seorang itu mencapai ke satu tahap jika ia tidak mengambil sesuatu yang diharamkan maka ia secara pasti atau dengan sangkaan akan mati atau hampir mati seperti seorang yang terpaksa makan kerana jika ia terus berlapar maka ia akan mati.
Hukum Islam secara jelas memberi keizinan dalam keadaan darurat untuk manusia makan sebarang haiwan demi menyelamatkan nyawa, memakai sutera bagi mereka yang mempunyai penyakit kulit, menguatkan gigi atau tulang dengan menggunakan emas, melafazkan pengakuan kafir sedangkan hati kukuh yakin dengan keislaman untuk elak dibunuh.
Dalam fatwa Jakim sendiri ditegaskan bahawa dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat untuk memastikan bahawa keperluan tersebut berada di peringkat darurat perlu dipenuhi di mana ia bermakna sebelum menggunakan ubat yang mengandungi bahan haram (perkara ini tidak diguna pakai untuk ubat yang dibuat atau mengandungi arak) pesakit wajib memastikan bahawa penyakitnya itu tidak boleh diubati dengan cara lain.
Inilah garis panduan yang perlu diambil kira dan diamalkan oleh pihak berkenaan dalam penggunaan ubat yang mengandungi bahan haram. Memenuhi garis panduan ini merupakan satu tanggungjawab pihak berkuasa kepada umat Islam.
Ia merupakan hak asasi keagamaan mereka yang dijamin oleh Perlembagaan negara. Jika alasan menggunakan ubat yang mengandungi perkara haram dibuat dengan tidak memenuhi syarat darurat maka ia perlu dielakkan.
Alasan seperti perlu menggunakan ubat yang mengandungi bahan haram kerana alternatif kepada ubat berkenaan terlalu mahal dan mungkin di luar kemampuan sesetengah pesakit bukan termasuk dalam kategori darurat atau sebab-sebab lain yang tidak pun mencapai tahap darurat.