Khloe Kardashian semakin langsing
Personaliti popular program realiti televisyen, Khloe Kardashian memulakan 2014 dengan hidup baru. Khloe berkata kejayaan mengurangkan berat badan sebanyak 14 kilogram antara pencapaian membanggakan bagi tahun lalu.
"Saya sangat berpuas hati dengan pencapaian ini kerana bekerja keras bersenam sehingga mencapai berat badan yang diinginkan," katanya.
Terkenal menerusi siri realiti Keeping Up With The Kardashians, selebriti itu gembira dengan wajah barunya kerana sebelum ini dia kurang berkeyakinan.
"Pernah sekali terdengar ibu beritahu rakannya saya perlu menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan hidung. Ketika itu, saya baru berusia sembilan tahun dan perbualan itu antara memori kanak-kanak yang sukar dilupakan," katanya.
Menurut Khloe, kata-kata ibunya amat mengejutkan kerana tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk melakukan pembedahan plastik.
"Pernah juga ada jurusolek mencadangkan saya membuat pembedahan hidung. Bukan mahu menentang pembedahan plastik, tetapi saya bangga kerana berjaya menguruskan badan dengan bersenam," katanya.