Home » » Nama 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap

Nama 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap

Nama 23 pertubuhan diisytihar kongsi gelap

Pertubuhan kongsi gelap itu ialah:

Geng 3821
Geng Ngo Sek Kee
Geng Gee Hor Sia
Geng Chong Woh
Geng Gee Long San
Geng Gee It Leng
Geng Gee Hon San
Geng Guat Sam Sia
Geng It Tiam Ang
Geng Lian Heng Siah
Geng Ang Mor Low
Geng Sio Or Leng
Geng Loong Foo Thong
Geng 969 (Kow Lak Kow)
Geng 32 Sar Jee
Geng Chaun San
Geng Fong Hong San
Geng Jin Jee Ton
Geng Gee Lam Kok
Geng Hong Fah
Knight Right Keepers @ Kappa Rho Kappa (KRK)
Malin Kundang (Sandakan)
Special Force (Lahad Datu)

Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

KDN, dalam satu kenyataan, menyatakan pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015.

Menurut kenyataan itu, semua pertubuhan berkenaan didapati menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta.

Pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.

Selain itu, terdapat pertubuhan yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

Selaras dengan pengisytiharan itu, maka tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan terbabit berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, tiada seseorang boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap yang disenarai itu.

Pihak yang didapati menjalankan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang disenarai akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 355.

"Sebagai contoh Seksyen 6(2) dan 6(3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam.

- BERNAMA



 
Chatroom